Thursday, July 18, 2013

Manusia hilang saudara.

Bila tengok dunia sekarang terlalu ramai manusia yang hidup sendiri.

ALONE.

Sendiri bukan kerana tidak punya family, tapi sendiri yang di minta.

"Kau hadaplah laptop tu lelama jang, orang panggil bukan nak dengar."

Dushhh! 
Gara-gara teknologi rupanya. 
Tak payah nak tengok jauh-jauh, tu anak sedara kita, budak yang belum bersunat lagi.Apa yang dia minta?

 "Mak, nak game." "Mak adik nak henfon macam abang tu gak." 

Looks, he just a child kot. Masuk sekolah pun belum. Dari kecik dia di besarkan dalam surrounding yang macam tu. 
Jangan terkejut, hanya kerana teknologi hubungan antara manusia boleh renggang. Memang, memang betul statement "semakin maju teknologi, semakin malas manusia"
Skop malas dekat sini luas, nak nak zaman sekarang. Manusia nak semua senang.

Nevermind, kita ada akal, setiap tiap manusia Allah ciptakan akal untuk fikir.

Yes 
You just need choose the right path. 





Thursday, January 24, 2013

Dear Sahabat..


Pertama kali aku berjauhan dengan keluarga, hadir mereka yang bergelar sahabat. Mereka turut senasib denganku, merantau jauh ke negeri orang dengan harapan membawa pulang sebuah kejayaan.

Utara,
Selatan,
Timur,
mahupun Barat..

Masing-masing membawa budaya tersendiri. Loghat yang unik. Serta cara hidup yang berbeza.
Istimewa. Satu perkataan yang menggambarkan mereka. Seronok bersama mereka. Tika hati ini dilanda keresahan, selain dari Tuhan Yang Esa sebagai tempat mengadu, mereka, sahabat tanpa jemu memberi semangat.

Hidup, jika tidak tergigit lidah tidak sah. Kalau hari ini gelak tawa bersama-sama, mungkin esok masing-masing bermasam muka. Yup, itulah hidup bersahabat.

Ada senda gurau, ada maki hamun, haaaa... jiwa remaja katanya.
Yang pasti, mereka peneman di sisi.

Makin lama usia makin meningkat, ada yang dah masuk era 20-an dan mungkin ada yang sudah berkahwin.
Kita makin tua sahabat. Siapa tahu, dalam masa 5- 6 tahun ada yang akan bekerja, ada syarikat sendiri, "like a boss", atau mungkin di antara kita akan pergi dahulu, menghadap Sang Pencipta.

Benar, jodoh pertemuan suatu rahsia, kalau kita tidak menyangka yang kita akan bertemu, kita juga tidak akan menyangka kita akan berpisah.

So, selama kita jadi sahabat, biar setiap memori yang terakam antara kita adalah indah.

Sahabat,
ketahuilah yang aku sayang kalian semua.
Terima kasih sebab sudi menjadi sahabatku.






Tuesday, October 30, 2012

I cant lose You again

Assalamualaikum..

Terasa hati ini sakit sangat, entah kenapa semua jadi serba tak kena. 
Rasa nak marah orang, rasa nak nangis pun ada.
Bila buat itu rasa macam tak betul, bila buat ini rasa semua salah.
Nak jerit kuat-kuat pun ada.


Aku duduk, aku fikir mana silap aku sampai boleh jadi macam ini. Adakah aku pernah menyakitkan hati orang lain? Adakah masih ada hutang yang tidak dibayar? Macam-macam bermain dalam kepala.Sambil aku termenung, aku telihat kalimah syahadah yang tergantung di rumah. Mulutku menuturkan kalimah itu.

لا إله إلا الله محمد رسول الل

[LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.]
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.
Baru aku tersedar, rupa-rupanya aku telah lalai sehingga aku lupa mengingati dengan siapa aku patut mengadu, dengan siapa aku patut berserah. Sesungguhnya aku masih ada Tuhan untuk menjadi tempat mengadu