Sunday, December 18, 2011

Ia sebuah kisah

dia hanya seorang perempuan
yang inginkan belaian
juga insan yang lemah
takut menerima sebuah perpisahan

rapuh lalu menitiskan air mata
setiap kata dan perbuatannya
sering kali disalah ertikan
harapannya satu

inginkan sebuah kebahagiaan
walaupun bukan dia
demi orang yang disayang
hatinya amat kecil

merintih kesedihan
apabila harinya disinari
masa terus cemburu
melenyapkan dengan kebenaran

ingin berpijak dibumi yang nyata
tapi tersembam semuala
inginkan ia kembali
tapi jauh telah pergi

menuggu masa silih berganti
menyalahkan diri tidak terhenti
kahadiranya amat memilukan
ampun maaf ditagihi

simpan tanpa diketahui
jawapan kelak
hatinya takkn pernah
berhenti menyayangi

merelakan pergi
walau ia takkan berubah
jodoh sudah tertulis
usaha perlu disusuli

bukan kata-kata
yang hanya beri kekuatan
tapi kesabaran
anugerah tuhan yang Maha Esa


p/s: ia memberi maksud yang berlainan bagi setiap pembaca, mungkin merungsing. terpulang dengan apa yang korang bayangkan..

Image taken here
BehindTheSmile Most people, whether they want to admit it or not, put on a fake smile or fake persona for all to see, hiding their true emotions and self.”





Friday, November 25, 2011

'Walaupun ia sekadar senyuman'

Salam semua,

Malam nie awe just nak post this short entry untuk korang semua. Its all about 'SMILE'.. 

Awe just nak tanya, bila masa sahaja kamu semua akan senyum?dan jawapannya sudah semestinya di saat gembira . Lagi-lagi bila bersama teman baik, betulkan? :)

Zaman sekarang ini tidak kira bagi yang sudah berkahwin atau tidak, mereka banyak menghabiskan masa bersama teman-teman berbanding keluarga. Maaf jika awe salah, tapi itu la hakikatnya.Kita lupa dengan siapa kita bina kehidupan ini.

Kenyataannya di sini meraka semua itu, iaitu keluarga kita menagih senyuman yang terukir untuk mereka.Tidak kisahlah sama ada mereka rapat atau tidak.


Dengan senyuman dapat melembutkan hati yang keras,
Dengan senyuman dapat mengubati hati yang terluka,
Dengan senyuman dapat membuat mereka bahagia
Dengan senyuman dapat menyatukan ikatan,
Dengan senyuman dapat memberi cahaya kehidupan yang baru..


 'Walaupau ia sekadar senyuman'


image taken here










Saturday, November 12, 2011

Tutorial Sparkling Cursor

Salam semua,

awe just nak berkongsi macam mana nak membuat sparkling cursor macam awe, *ada benda jatuh2 =.=''
tak kisah la panggil apa2 pun.. so kita mulakan..

Dashboard > Design > Add Gadget > Html


Copy code2 bawah ini.

<script type='text/javascript'>

</script>

<script type='text/javascript'>// <![CDATA[var colour="#000000";var sparkles=100;

var x=ox=400;var y=oy=300;var swide=800;var shigh=600;var sleft=sdown=0;var tiny=new Array();var star=new Array();var starv=new Array();var starx=new Array();var stary=new Array();var tinyx=new Array();var tinyy=new Array();var tinyv=new Array();window.onload=function() { if (document.getElementById) {var i, rats, rlef, rdow;for (var i=0; i<sparkles; i++) {var rats=createDiv(3, 3);rats.style.visibility="hidden";document.body.appendChild(tiny[i]=rats);starv[i]=0;tinyv[i]=0;var rats=createDiv(5, 5);rats.style.backgroundColor="transparent";rats.style.visibility="hidden";var rlef=createDiv(1, 5);var rdow=createDiv(5, 1);rats.appendChild(rlef);rats.appendChild(rdow);rlef.style.top="3px";rlef.style.left="0px";rdow.style.top="0px";rdow.style.left="3px";document.body.appendChild(star[i]=rats);}set_width();sparkle();}}function sparkle() {var c;if (x!=ox || y!=oy) {ox=x;oy=y;for (c=0; c<sparkles; c++) if (!starv[c]) {star[c].style.left=(starx[c]=x)+"px";

star[c].style.top=(stary[c]=y)+"px";star[c].style.clip="rect(0px, 5px, 5px, 0px)";star[c].style.visibility="visible";starv[c]=50;break;}}for (c=0; c<sparkles; c++) {if (starv[c]) update_star(c);if (tinyv[c]) update_tiny(c);}setTimeout("sparkle()", 40);}function update_star(i) {if (--starv[i]==25) star[i].style.clip="rect(1px, 4px, 4px, 1px)";if (starv[i]) {stary[i]+=1+Math.random()*3;if (stary[i]<shigh+sdown) {star[i].style.top=stary[i]+"px";starx[i]+=(i%5-2)/5;star[i].style.left=starx[i]+"px";}else {star[i].style.visibility="hidden";starv[i]=0;return;}

}else {tinyv[i]=50;tiny[i].style.top=(tinyy[i]=stary[i])+"px";tiny[i].style.left=(tinyx[i]=starx[i])+"px";tiny[i].style.width="2px";tiny[i].style.height="2px";star[i].style.visibility="hidden";tiny[i].style.visibility="visible"}}function update_tiny(i) {if (--tinyv[i]==25) {tiny[i].style.width="1px";tiny[i].style.height="1px";}if (tinyv[i]) {tinyy[i]+=1+Math.random()*3;if (tinyy[i]<shigh+sdown) {tiny[i].style.top=tinyy[i]+"px";tinyx[i]+=(i%5-2)/5;tiny[i].style.left=tinyx[i]+"px";}else {



tiny[i].style.visibility="hidden";tinyv[i]=0;return;}}else tiny[i].style.visibility="hidden";}document.onmousemove=mouse;function mouse(e) {set_scroll();y=(e)?e.pageY:event.y+sdown;x=(e)?e.pageX:event.x+sleft;}function set_scroll() {if (typeof(self.pageYOffset)=="number") {sdown=self.pageYOffset;sleft=self.pageXOffset;}else if (document.body.scrollTop || document.body.scrollLeft) {sdown=document.body.scrollTop;sleft=document.body.scrollLeft;}else if (document.documentElement && (document.documentElement.scrollTop || document.documentElement.scrollLeft)) {sleft=document.documentElement.scrollLeft;sdown=document.documentElement.scrollTop;}else {sdown=0;sleft=0;}}window.onresize=set_width;function set_width() {if (typeof(self.innerWidth)=="number") {swide=self.innerWidth;shigh=self.innerHeight;}else if (document.documentElement && document.documentElement.clientWidth) {swide=document.documentElement.clientWidth;shigh=document.documentElement.clientHeight;}else if (document.body.clientWidth) {swide=document.body.clientWidth;shigh=document.body.clientHeight;}}function createDiv(height, width) {var div=document.createElement("div");div.style.position="absolute";div.style.height=height+"px";div.style.width=width+"px";div.style.overflow="hidden";div.style.backgroundColor=colour;return (div);}// ]]></script>


Lepas korang paste code2 ini, gantikan lah code yang berwarna pink tu dengan code warna yang korang suka. :)
Jangan lupa save yer..

Senangkan? selamat mencuba..






Saya Malu Nak Jadi Baik


Aku dah tak suci lagi. Aku banyak dosa. Terlanjur dah dengan berapa orang lelaki dah. Zina tu dulu perkara biasa bagi aku sebab aku couple bukan dengan seorang lelaki je. Tapi sekarang aku menyesal. Aku rasa aku teruk sangat! Aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Aku selamanya tak akan jadi baik. Dosa-dosa lalu terus menghantui hidup aku. Aku rasa diri ini jijik dan teramat kotor,"
"Aku ini nak kata budak jahat, tak adalah jahat sangat cuma nakal tu adalah sikit-sikit. Itu mungkin kerana terikut perangai kawan-kawan. Mengusik dan menyakat orang kerja biasa. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati aku, aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Nanti apa yang kawan-kawan aku kata. Aku dah pernah sekali ajak mereka solat berjemaah dan pergi dengar ceramah tapi aku dipandang pelik. Aku rasa susah sangat. Aku terhimpit,"
"Aku solat cukup lima waktu sehari. Puasa pun Alhamdulillah. Nak kata bab tutup aurat, aku lepaslah agaknya. Tapi aku rasa aku ini tak cukup baik. Bila aku tengok kawan-kawan yang berubah, bila aku tengok kawan-kawan yang pakai tudung labuh dan berbaju kurung, aku rasa aku ini tak baik. Aku nak berubah tapi aku malu. Aku rasa susah. Aku rasa tak sanggup nak tinggalkan dunia cardigan, jeans, shawl dan pashmina,





Iman Itu Masih Ada.
Tatkala hati terkesan dengan perbuatan dosa yang dilakukan, itu bukti tandanya iman masih ada. Penyesalan itu salah satu daripada peringkat taubat.
Fitrah manusia suka akan kebaikan. Sebenarnya melakukan kebaikan lebih mudah daripada melakukan maksiat. Tak percaya?
Mana lebih senang. Pergi konsert atau pergi masjid? Kalau pergi konsert, perlu keluarkan duit untuk membeli tiket dan bersesak-sesak dengan orang ramai. Faedah? Belum tentu. Kalau pergi masjid, langkahan kaki pun sudah dikira. Tidak perlu keluarkan modal. Malah makindicintai Allah. Asal niat betul.
Mana lebih senang. Bersedekah atau mencuri? Kalau bersedekah, hanya keluarkan duit. Zahirnya berkurang sedangkan hakikatnya semakin meningkat saham di sana. Kalau mencuri, hati gelisah dan tidak tenteram. Hidup dalam ketakutan. Tidak bahagia.
Selagi dunia tidak kiamat, selagi itu peluang masih ada. Kenapa harus memandang dosa yang lalu sedangkan kita masih punya waktu?
Pandangan manusia. Cuba jadi tegas! Manusia kalau kita buat baik, ada orang tidak suka. Kalau kita buat jahat apatah lagi, mesti ramai juga yang tidak suka. Jadi, buat hanya apa yang Allah suka walaupun manusia tidak suka. Pegang prinsip itu! Kerana kita bukan hamba manusia, kita hamba Dia! Ini bukan marah tetapi tegas dan semangat!.
Create the Future
Kita selamanya tidak akan pernah tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan. Tetapi kita boleh mengubahnya mulai hari sekarang. Apa yang kita buat hari ini, itulah yang bakal terjadi pada hari esok. Yang penting, tanya pada diri, jika ingin melakukan kebaikan, di manakah usaha? Begitu juga dengan soal rezeki dan jodoh. Qada muallaq iaitu ketentuan Allah yang tercatat di lauhul mahfuz dan kita boleh mengubahnya. Tetapi itu semua bergantung kepada sejauh mana usaha dan doa.
Mari saya datangkan satu analogi. Katakan Ahmad seorang pelajar yang bermasalah, malas belajar dan menghisap rokok. Tiba suatu ketika, terdetik penyesalan di hatinya. Dan ketahuilah, saat itu, dia punya dua peluang. Peluang ke arah kebaikan atau sebaliknya. Terhimpit antara dua lorong.
Lorong pertama, memilih untuk rajin belajar dan meninggalkan tabiat menghisap rokok. Lorongkedua, masih tetap dengan perangai dan tabiat lama. Apakah mungkin jika dia masih berada di lorong kedua, pada masa hadapan nanti dia bakal menjadi seorang graduan universiti yang punya sahsiah mulia dan cemerlang? Sudah tentu tidak! Tetapi sebaliknya yang berlaku jika lorong pertama yang menjadi pilihan.
Ini yang saya maksudkan. Bukan mahu menjadi ahli nujum. Cuma mengajak untuk bersama membina masa hadapan. Mencipta jalan cerita sendiri. Kita umpama pelakon di pentas dunia. Kita punya kuasa untuk mengarah jalan drama sendiri. Dan yang pasti hanya ada dua pilihan yang terbentang. Satu lorong yang dipilih, akan membawa kepada lorong yang lain. Jika lorong kebaikan dan perubahan yang dipilih, pasti kesudahannya juga begitu. Begitu juga sebaliknya. Inilah sunnatullah.
Buat Dirimu...
Sayangku nisa', usah biarkan keterlanjuranmu menjadi sejarah hitam yang terus mencalit debu kehitaman walau hingga ketika ini. Itu semua sejarah dahulu dan ketahuilah hari ini juga bakal menjadi sejarah. Tetapi bezanya sejarah dahulu itu menjadi suatu pengajaran yang besar buat diri. Dan sejarah yang bakal ditelusuri ini, ketahuilah, dirimu masih punya waktu. Usah persiakannya!
Juga buat diri yang rindu akan kebaikan. Apakah saat Allah mendatangkan penyesalan di hatimu, engkau mahu melepaskan peluang ini? Apakah pada saat Allah membuka jalan taubat buatmu, engkau memilih untuk semakin menjauh daripada-Nya walaupun tanpa kerelaan hanya kerana malu dengan manusia sekeliling? Atau merasa diri itu terlalu kotor dan tidak layak untuk diampunkan? Ketahuilah Dia Maha Pengampun. Usah pedulikan pandangan mereka dan mereka itu, tetapi dongaklah ke atas, dan ketahuilah Dia menunggumu untuk sujud kepada-Nya! Bersama air mata taubat seorang hamba!
Buat nisa', walau dirimu merasa tiada yang menyayangi, ketahuilah aku di sini amat menyayangimu sekalipun kita tiada pernah mengenali. Tetapi walau sebesar mana kasihku kepadamu, masih pasti belum mampu menandingi kasih-Nya terhadapmu. Apakah saat ini masih mahu berpaling?
Motivasi daripada Kisah.
Saya memahami, berbicara itu mudah tetapi mahu melakukan itu tidak semudah bicara dan tulisan. Kerana itu perlu kepada kisah-kisah yang dapat menguatkan hati. Yang bisa meneguhkan keazaman dalam diri untuk menjadi lebih baik.
Pasti dan sudah tentu pernah mendengar kisah seorang pelacur perempuan. Yang kiranya dipandang manusia begitu kotor dan jijik pada masa kini sehingga melahirkan anak di luar perkahwinan yang sah. Walaupun mereka itu kini telah menyesal dan ingin berubah tetapi tetap dipandang serong. Tiada sokongan dan semangat yang ditiup tika mereka lemah. Kerana terusan dihantui dosa-dosa lalu.
Dengarkan kisah ini yang ingin saya putar kembali. Kembali kepada kisah pelacur perempuan. Yang berzina. Tetapi dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing. Tidakkah rahmat Allah itu luas? Kerana itu berhenti menghukum manusia. Walau kotor pada pandangan manusia, kita tiada pernah mengetahui apakah pandangan-Nya.
Lihat diri sendiri dan nilai. Diri sendiri juga belum tentu baik. Diri sendiri juga belum tentu dipandang-Nya. Walaupun kita melakukan kerja dakwah, walaupun diri itu sentiasa memberi tazkirah, walaupun diri itu aktif dalam program keagamaan. Saya suka untuk kembali mengingatkan kepada niat. Lagi sekali, lihat dan nilai. Itu semua tidak bermakna jika hati terdetik riak dan melakukan kerana ingin dipandang hebat oleh manusia. Kerana ingin supaya manusia memandang tinggi. Kerana ingin manusia memandang diri itu bagus, baik, soleh dan solehah. Tika itu, tanya diri sendiri, di mana niatmu yang kau katakan kerana Allah?
Lagi saya bawakan kisah yang cukup sering didengari. Kisah pembunuh yang telah membunuh 99 orang.Lihat usaha dan kehendaknya yang ingin bertaubat. Pembunuhannya mencukupi 100 orang apabila membunuh seorang alim yang mengatakan bahawa dia telah tiada harapan.
Namun, tidak pernah cuba untuk berputus asa. Mengikut nasihat seorang alim yang lain yang mengatakan bahawa perlu penghijrahan ke satu perkampungan yang suasananya bisa membantunya bertaubat. Namun,di pertengahan jalan, dia meninggalkan dunia tanpa sempat bertaubat. Tetapi dalam keadaan sedang usaha bertaubat. Dan dia dimasukkan ke dalam syurga.
Kesimpulan.
Kita tidak akan pernah bisa mengubah masa lalu, tetapi kita masih bisa bertindak mulai sekarang untuk mencipta sejarah baru.
Andai tiada berhenti memikirkan pandangan manusia, langkah kita tiada ke mana. Mereka tiada untung tetapi kita tetap rugi.
Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Apabila jalan hidup kita begitu dan begini,yakinlah itu yang terbaik. Apabila kita melakukan dosa, Dia ada memberi keampunan. Saat kita lemah dan terhimpit, Dia ada meniupkan semangat dan kekuatan. Allah ada menyebut bahawa Dia bersama sangkaan hamba-Nya. Andai kita yakin dosa-dosa kita akan diampunkan, Dia dengan rahmat dan sifat Maha Pengampun-Nya akan mengampunkan dosa hamba-hamba-Nya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh.


Sekadar perkongsian untuk semua dan diri saya juga..
Credit:







Thursday, October 27, 2011

"Aku terlalu merindui Dia"

Salam semua...

Pernah atau tidak kamu semua PUTUS CINTA, FAIL EXAM, atau apa-apa yang boleh membuat kamu sedih dan kecewa. Yang pasti, sudah semestinya kamu semua akan rasa sangat sedih. Betulkan? Tidak perlulah hendak menipu diri sendiri.

Sudah semestinya kita tidak dapat menerima pada mulanya. Menangis dengan apa yang telah terjadi, sedangkan menangis air mata darah sekalipun tidak akan pernah merubah perkara yang sudah menjadi suratan.Ada juga sesetengah yang mengeluarakan kata-kata yang tidak sedap didengar untuk melempiaskan kesedihan dan kemarahan tersebut.

Kita terlalu memikirkan kesedihan itu sehingga kita lalai dengan perkara yang lebih penting. Tuhan, Dia lah yang telah menetapkan segala apa yang berlaku atas kita, sesungguhnya Dia la yang Maha Mengetahui. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dia tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuan mereka.

Sudahlah, berhenti dari semua kesedihan ini, hidup perlu diteruskan. Apa yang berlaku jadikanlah ia satu pengajaran untuk kita menjadi lebih matang. Betulkanlah segala kesilapan, jangan lari dari kenyataan.



Pesanan dari saya:
Banyakkanlah berdoa, sesungguhnya, 

"Doa Adalah Senjata Orang Mukmin"
Allah sentiasa merindui hambaNya





image taken from here.
*peringatan untuk diri saya juga. :)