Wednesday, January 05, 2011

Nukilanku..



Pemergianmu..

  Ketika jasadmu berada di hadapan mata, sering kali aku mengendahkannya.Tetapi, apabila kita berjauhan,hadirlah perasaan rindu menguasai jiwa. Akibat keegoanku, acapkali aku terlupa menghargai apa yang ada. Tetapi apabila aku sedar akan kehilangannya,mulalah aku tercari-cari sinar kebahagiaan yang pernah diberikan oleh dirinya.Hadirmu walaupun sebentar dalam hidupku cukup mebuat hatiku berbunga.Mencintai dirimu mengajar aku erti kesabaran dan kesetiaan sungguhpun pelbagai onak duri dan dugaan yang sering menguji kita sebagai manusia yang kerdil di muka bumi ini.Bertikam lidah menjadi mainan apabila kita sering berlainan pendapat dan memang pada hakikatnya terdapat banyak perbezaan diantara kitas setiap kali ada persoalan yang timbul.Aku sedar bahawa dirimu juga banyak bersabar dan menerima segala kesalahan walhal itu adalah kekhilafan diriku sendiri.

  Bukan mudah bagi diriku untuk mencari seorang pengganti yang serupa denganmu.Telah beberapa kali aku mencuba,tetapi pengakhiranya adalah sia-sia.Aku akui mencari insan yang serupa denganmu adalah sikar.Ianya tidaklah mudah sepertimana peribahasa yang berbunyi "patah tumbuh hilang berganti". Lantaran itu, apa yang dapatku lakukan adalah meredakan dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.Setiap apa yang telah ditetapkan oleh-Nya terkandung hikmah di sebaliknya.Walaupun dapat bersama denganmu hanyalah sebentar,tetapi aku reda dengan ketentuan.Sebagai  sebagai hamba-Nya yang kerdil ini aku mensyukuri dengan apa telah Dia kurniakan kepadaku.

  Saat yang membuat ku hilang arah apabila melihat dirimu dijemput oleh Sang Pencipta dihadapan mata ku sendiri.Ketika itu,badan ku terasa kaku bagaikan patung bernyawa.Seluruh jiwa ku diselubungi dengan kesunyiaan dan kedukaan.Aku hanya menangis dan terus menangis meratapi pemergianmu yang tidak dijangka.Kehadiran teman-teman sewaktu kesedihan melanda diriku sedikit sebanyak mengurangkannya dan menguatkan kembali semangat untuk aku meneruskan hidup.Aku merenung kebali dan mencari hakikat yang tersirat disebalik dugaan yang menimpa ku.

  Tidak pernah terdetik di hati aku bahawa perpisahan yang abadi memutuskan talian realiti diantara aku dan dirimu.Segala berlaku dalam sekelip mata dan memeng tidak pernah ku jangkakan.Tipulah jika ku katakan aku bersedia untuk kehilanganmu.Seluruh jiwa dan jasadku sama sekali untuk menerima kehilangan ini.

  Namun siapalah aku untuk mengubah segala yang telah menjadi suratan. Sgala perjanjian diantara kita dengan Allah telah termakub dan tidak akan berubah sama sekali.Perpisahan ini adalah takdir untuk kita.Sejauh mana kita berlari akhirnya masa itu akan tiba jua.Tidak akan tercepat mahupun terlambat walaupun sesaat.Aku serahkan kepada Illahi dan pasrah dengan pemergianmu.

  Hilangnya dirimu dari pandanganku membuat hari-hari yang mendatang menjadi suram bagaikan tiada sinaran kebahagian lagi.Aku seakan tercari-cari agar dapat ku gapai kembali sinaran saktimu itu.Tidak kurang juga telingaku yang menagih kata-kata cinta yang sering kau tuturkan dari bibirmu yang indah itu Tiada lagi kebahagian,mungkin kebahagian itu akan digantikan dengan yang lain.Pelbagai persoalan bermain di benak fikiranku.

  Lantaran itu,aku panjatkan kesyukuran kepada-Nya dengan pemergianmu.Lantas aku tegarkan diriku kerana dirimu pergi kepada yang lebih layak dan berhak terhadapmu,iaitu tuhan Yang Maha Esa.Aku berasa lega dengan hakikat ini kerana aku tahu bahawa diriku juga akan dijemput untuk bertemu dengan-Nya.
  Doaku sentiasa mengiringi dirimu nun jauh di sana agar dirimu sentiasa bahagia dan aman disamping-Nya.Sebagai seorang insan yang mencintaimu, doaku akan sentiasa menemanimu.Aku memohon agar kau menemui kabagian yang abadi di sana.Amin... Wasalam...
Love,




0 comments:

Post a Comment