Saturday, February 26, 2011

Ketam oh Ketam..

Salam.. selamat petang semua.. "ketam oh ketam??" nape plak entry awe mcm tu??Hah nie nak cite nie.. Hari nie awe makan ketam.. Lama x makan, tu la batak skit.. hehe..rase nye mmg sedap, isinya yang manis.. Perghh.. mengancam.. hahaha.. tapi proses nak mmasak ketam tu mmg pnas.. panas sebab ape plak?? mane taknya.. mase tumis sambal tu, x semena-mena.. sambal yang merah menyirap tu, toing.. lompat kat muka awe.. menjerit la awe, satu kampung dgr.. wah.. sakitnya..habis muka awe kene.. pe lagi awe basuh la cepat2.. muka awe jadi pijar.. rase macam nak rndam jer muka nie kat dalam air lame2..tapi tak bleh, nnt tak pasal2 kene wat kenduri arwah plak.. awe pun amik la ais kat freeze, tepek kat pipi.. kurang la skit.. kalo tak merah jer muka awe tu..

Hah ckap psal ketam nie.. rupa2nya byak gak ketam kat dunia nie.. per la awe nie.. mmg katak yang duk bwah tempurung la..



ermmm.. mane satu ketam yang awe makan eak?? awe nie mmg taw makan jer..
ok.. tata.. wasalam..





Thursday, February 24, 2011

"Puitiskan Diri Anda"

salam.. awe nak join segmen yang di wat oleh cik atiq..sape nak join segmen nie.. klik jer kat banner bwah nie..
 nak taw x sejauh mane puitisnya awe cuba baca puisi yang awe wat kat bawah nie..

Pilihan Cinta

Di sini aku mengukir sebuah mimpi
Insan yang hanya bergelar puteri
Sesekali ingin jua mencapai pelangi
Namun tak mungkin terjadi
Kerana mimpi hanyalah mimpi..

Kali pertama
Suaramu mengalun suci
Bacaan ayat Quran menusuk
Ke sanubari
Kesedaran ini suatu bukti
Kecintaan Illahi lebih Abadi..

Buat teman semua yang tercari-cari apakah itu cinta
Tahukah kalian
Cinta manusia membawa mati
Tapi cinta Allah kekal abadi..


coretanku: hawasumiri


Tadaa.. tulah puisi awe..Renung2kan lah..

Love,





Adakah pasangan anda gay atau tulen??

Assalamualaikum.. Selamat petang semua.. Hari nie awe nak kongsi suatu info.. Kalo di baca entry kat atas tu mmg menakutkan.. tapi sebelum tu awe nak mintak maaf kalo ade yang terasa hati.. nie just ape yang awe nak kongsi.. jgan bengang kat awe pastu bend awe plak.. jangan eak..
kat bwh ni awe ade senaraikan beberapa cara nak mengenali golongan gay nie..
  • Beberapa lelaki gay dan heteroseksual dikenali dengan nama 'leathersex'. mereka ini mengenakan rantai kunci atau sapu tangan berwarna bagi melambangkan peranan dan karektor mereka.
  • Lelaki gay amat menitikberatkan kebersihan diri hinggalah kepada kekemasan diri.sebelum keluar rumah, pasti untuk berwangi-wangian dahulu.lelaki tulen berwangi-wangian juga, cuma apabila mereka merasakan tubuh mereka perlu diwangikan.tapi ada juga lelaki tulen yang sememangnya bertabiat berwangian sebelum keluar.
  • Berbeza dengan lelaki tulen, lelaki gay mahu kelihatan segak dan bergaya dengan pakaian dan seluar yang kemas. sedangkan sesetengah lelaki tulen tidak begitu hiraukan penampilan. mereka lebih rela dilihat selekeh.
  • Golongan ini lebih senang bekumpul dengan kelompok mereka.ada juga yang bergaul dengan wanita tapi sekadar kawan sahaja.
Hah.. ermm.. rasenye ade ke ciri2 mcm kat atas tu tak.. kalo ade .. beware taw.. tapi kalo kita dah taw yang pasangan kite tulen, jangan plak tuduh die bukan2.. kasihan taw.. karang x psl2 timbul masalah plak.. awe x nak jdi penyebab plak t..
ok la.. nnt kalo ade pape info awe akan kongsi lagi..
Daaa...


Love,





Wednesday, February 23, 2011

Tutorial follow button guna pic n kat tepi blog..

 nak ade follow button kat tepi blog macam awe?? n korang bleh pilih nak letak sebelah kiri or kanan..



senang jer..
korang copy jer code kat bawah nie.. n jgan lupe edit yer..



<center><div style="position: fixed; top: 0px; right: 4px;"><br /><a href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=8566032746808873101" target="_blank"><img src="direct link gambar" border="0" /></a></div></center>


yang warna kuning tu korang pilih samada nak kat left or right..

yang warna biru tu korang ganti ngan korang punya id.. x taw ape tu id?? nak taw korang punya id ape, tgk kat tmpat nak letak web address kat atas tu bile korang msuk kat design.. mcm ni..

yang tu awe punya..

ok utk yang warne merah tu korang amik la mane url pic yang korang berkenan.. kat bawah ni awe ade bg gak..

http://i560.photobucket.com/albums/ss41/starliteweb/starlite/blogger.png




http://i173.photobucket.com/albums/w45/manateeshockey/Di%20Before%20Dawn/blogger.png


then korang paste kat HTML/JavaScript yang slalu korang wat..


ok.. dah siap.. senangkan.. kalo ade pape tinggal kan comment kat bawah..

Love,




Tuesday, February 22, 2011

Doa seorang kekasih..

Assalamualaikum..

Apabila kita menyintai seseorang, bermacam-macam bait-bait cinta yang kita hujankan kepada orang yang kita cintai.. memang kita selalu memasang angan-angan untuk bersama dengan orang yang dicintai sehingga akhir hayat.. Tapi hakikatnya kita lupa bahawa cinta kita melebihi cinta kita kepada tuhan Yang Maha Esa..Sememangnya perasaan cinta yang hadir itu adalah kurnian-Nya.. Dia yang menentukan apa yang dikehendaki-Nya.. Berdoalah di atas kasih dan sayang yang kita perolehi.. 

Selamat Menghayati..









Ya Allah,
jika aku jatuh cinta, 
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.
Ya Muhaimin,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu, 
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu.
Ya Allah, 
jika aku menikmati cinta kekasihMu
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasihMu 
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu 
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Love.




Mestikah seorang perempuan itu pandai berkain batik untuk dijadikan isteri??

Assalamualaikum...

Hari ni awe nak mempersoalkan mengenai entry yang awe tulis kat atas tu..kalo difikir-fikirkan, memang masih ade lagi lelaki yang nak mencari isteri pandai berkain batik.. awe pelik gak kenapa?? nak cari perempuan yang boleh berkain batik tu ramai, tapi nak cari perempuan yang pandai berkain batik tu susah sgt.. awe sendiri pun mengaku yang awe x reti sgt pakai kain batik,skit2 tu boleh la..bile di tengok,perempuan yang memang sedap mata memandang.. nampak manis jer kan.. di tambah lagi dengan budi bahasanya, bertambah-tambah ayu la kan..kalo kte tgok budak-budak bandar maksud awe girls la, rasenye boleh dikira kot yang pandai pakai kain batik nie..bukan budak bandar, yang duduk kat kg pun same jer.. cakap orang plak awe nie,diri sendiri tu pun same jer.. difikir-fikirkan balik, kalo pandai pakai jer, tapi tak amalkan rugi jugakan.. ermm..tu la dunia sekarang kan dah berubah, makin maju, warisan zaman tok nenek semakin lama semakin pupus.. tu la kenyataan yang kite kene terima.. kat bawah nie awe ade sediakan pic2 perempuan yang pandai kain batik.. cuci mate skit.. kot2 ade yang berkenan kat hati.. tapi blog awe nie bukan tempat nak cari jodoh taw..


letak kat kepala pun jadi la..

 
 

 


Okay la kalo ade ape2 komen kongsi la dengan awe..
Wassalam...

Love,




Monday, February 21, 2011

tutorial letak cursor



nak wat cursor sendiri?? ataw nak import jer mne2 cursor yang korang berkenan kat hati.. senang jer..
korang copy code html nie..  


<style type="text/css">body, a, a:hover {cursor: url(direct link yang korang berkenan), progress;}</style><a href="direct link yang korang berkenan" target="_blank" title="Cool Cursor!"><br /></a>

then paste jer kat HTML/javaScript yang slalu korang wat.. kat snie awe ade sediakan beberapa direct link cursor, so xyah nak susah2 cari..



http://dl5.glitter-graphics.net/pub/1054/1054745cmwwc43t64.gif

  http://dl5.glitter-graphics.net/pub/1187/1187625ho0xyzejf5.png
http://dl5.glitter-graphics.net/pub/75/75805nd1cu4efg4.gif




Love,




tutorial nak cantikkan chatbox

 
 
comel kan.. nak gak cbox mcm tu??
actully awe punye pun mcm tu gak.. awe blaja kat snie..

lawa kan.. kalo x fham ape yang die ajar, tinggalkan la comment korng kat awe.. nnt awe akan tolong ajarkan..

Love,




Tafsiran Di Sebalik Mimpi

Assalamualaikum...

Hari ni awe nak berkongsi cerita sedikit mmengenai rahsia disebalik mimpi..sebenarnya kisahnya bermula apabila awe sendiri mengalami mimpi buruk..memang buruk sgat la.. benda yang awe takut.. pasal result spm yang akan datang nie la.. mmg ngeri la..
 So awe search kat google mengenai tafsiran mimpi..mmg tidak di sangka awe terjumpa dengan satu laman web nie.. 

so nie awe nak kongsi ape yang awe dapat.. sape taw mungkin kalian pernah mengalami mimpi yang sedemikian..

Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian:
 1.Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
2. Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa
anda akan diampunkan dunia dan akhirat
        3. Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya
anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada
dalam kesakitan ia akan segera sembuh
4. Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman
bahagia
                    5.     Bermimpi  memohon  doa  kepada  Allah  Taala atau  membaca  qur'an
                    di  rumah anda alamatnya  anda  akan  terlepas daripada bahaya atau sempurna
                      sesuatu pekerjaan yang dilakukan
6. Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia
anda
7. Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi
orang yang berpakat besar
8. Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
9. Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala
di dunia dan akhirat
       10. Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan
yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain Bermimpi diri atau
rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia
dan akhirat
11. Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya
anda akan mendapat berita yang gembira
       12.Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan
segala suruhan Allah Taala Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi
petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
13. Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
14. Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda
dipeliharan daripada sebarang kejahatan
15. Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat Jika
bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
16. Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
17. Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan
diakhiri dengan kejayaan
        18. Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat
kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan Bermimpi mengenai
permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
19. Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat
kebajikan
20. Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
21. Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang
berpengaruh atau berpangkat besar
22.Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat
keredhaan Allah Taala.
23. Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang
besar
24. Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau
terkoyak baju alamat kematiannya
25. Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda
diberkati
26. Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
27. Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika
makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
28. Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
29. Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita.
Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
30.Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita
anda akan berjaya
31.Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat
bahaya.
32.Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat
kemalangan atau mati.
33.Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan
anda akan kehilangan harta.
34.Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang
besar.
35.Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan
difitnah.
36.Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan
memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
37.Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi
kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
38. Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan
dengan orang jahat
39. Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
40. Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan
sempurna
41. Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat
menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
42. Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh
menandakan anda akan dipermuliakan orang
43. Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan
berkawan dengan orang baik
       44. Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya
dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang
beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
45. Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
46. Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan
mendapat pahala di dunia dan akhirat 
47. Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu
akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
48. Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu
oleh Allah s.a.w
49. Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan
anda akan mendapat kebajikan
50. Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh
isteri, ilmu dan harta yang halal
51. Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan
memperoleh kebajikan dengan sempurna
52. Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta
yang ditanggung
53. Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi
penghulu besar
54. Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri
55. Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit
56. Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan
memperoleh harta atau anak
57. Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika
bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh
58. Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh
kekayaan
59. Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan
memperoleh harta yang banyak 
*p/s: Sebahagian dari mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan
tidur(gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu kita tidur dan kebiasaanya
mimpi yang benar selalu berlaku apabila keadaan kita tidur dengan nyenyak
terutama 1 jam selepas lena tidur sehingga sebelum waktu subuh.
Setiap perkara yang berlaku, berserahlah kepada Qada dan Qadar kerana Allah
SWT lah yang maha mengetahui. Wassalam..... :)
 
Love, 





Saturday, February 19, 2011

mane hilangnya dikau, sayangku??




Salam semua.. Ermm.. actually entry awe nie adelah pasal awe sendri..  kalo dikira awe menghilang hampir semmiggu.. awe x pi mne2 pun.. i got fever.. nak on9 rse xlarat plak.. so ape yang awe wat dalam tempoh tu adelah mengatamkan novel.. hehe.. tapi x katam2 pun sebnarnya.. setakat dua atau tiga muka surat awe tahn la tapi masuk muka surat kelima rasenya mata ni ade batu kot.. berat sangat.. ape lagi masuk la dalam alam mimpi awe plak..

sebenarnya awe sedang tercari2 novel yang sememangya menjadi kegilaan awe.. NOVEL ADAM & HAWA.. novel nie mmg berkait rapat ngan hidup awe.. mmg frustrated giler bile sampai sekarang x jumpe2.. tapi x per awe ttp akan cari kite tunggu dan lihat..
Love,
menjadi idaman ku....
novel yang awe minat gak
novel nie mmg trgis btul hidup die




novel nie berunsur islamik, awe minat gak..
 




Sunday, February 13, 2011

Benci tapi rindu




mengenai entry awe kat atas tu, actully awe nak cite smting.. ade sorang kawan awe dulu, die jenis yang sangat2 ego.. mmg xnak kalah la.. kalo bleh biar sume org ikut ckap die.. n die ni gak ade teman lelaki..kalo tengah ok, huh.. mmg bahagia btul, sume benda rase manis.. mcm org cakap kalo dah cinta, bau kentut pun wangi.. ish2.. parah gak org bercinta nie kan..hehe..tapi kalo gduh..perghhh.. langait macm nk runtuh.. mcm2 perkataan x elok kuar.. ngan s**lnya, *pig* mcm2 la..dua2 nak tunjuk hebat.. sehari bleh la than, mrajuk x nak contact kononnya la.. kalo dah masuk seminggu, than ker..yerla kalo sblum nie, tiap2 hari mcg, kol atau jmpe..tetiba x cntact lgsung.. mustahil la.. then mula rase rindu, dah lame x borak ngn si die..rindu habis la.. sampai tertonggeng2 kat atas katil.. mula mengadu kat orng,rase rindu, tapi still x nak mengaku kalah lagi.. nak jage ego sgat, ungkit la slah phak tu, tapi x sedar die pun ade salh gak.. di tambah kan lagi, yang pihak tu pun x nak minx maaf, x nak mengaku kalah agk.. nnt kate nya nampak lemah.. hello..... nape still ade mind yang fkir macm tu lagi?? nnt yang merana dieorang gak.. nak ucap sorry pun susah.. berat sgt mulut ke?? atw byak sgat emas dalam mulut tu.. sebenarnya kalo dalam satu2 berhubungan tak kira la bercinta ker ataw saudara sekali pun tolak ansur tu sgat2 penting.. dengan duduk berbincang adalah solusi yang paling mujarab.. lagi satu jgn la nak maki hamun dlu.. kne la cari kpastian dulu.. at the end, bkn makin elok hubungan tu.. musnah jadinya.. orang lain just bleh simpati jer, yang skit menanggung perasaan kita gak.. so maaf kan la kesalahan orang..

Love,




Friday, February 11, 2011

I fall in love with him..(TroyeSivan18 & Declan Galbraith )



WOW!!!

Tu la perkataan pertama yang kuar dri mulut awe.. suara dia mmg sedap.. n awe mmg dah jatuh cinta ngan die punya suara.. Bkn orngnyer taw.. 

enjoy...



 


actually penyanyi sbnar lgu nie pn suara nya sdap gak taw..
Declan Galbraith



dua2 awe suka la...
Love,




Thursday, February 10, 2011

Kempen Cinta Tanpa Valentine!!

 Hari nie awe nak wat kempen pasal sambutan pengharaman hari valentine bagi orng islam..

Photobucket

Setiap kali masuk bulan februari, hari valentine mula menjadi buah mulut orang.. Tidak kira bangsa mahupun agama,termasuk la golongan remaja Islam yang sedang asyik dilamun cinta sehingga lupa hukum halal dan haram.Sememangnya awe juga jahil mengenali soal ini tapi ape yang awe akan terangkan selepas ini harap diambil iktibar.

Hari Valentine atau nama sbnarnya St. Valentine's Day telah di kenali dengan nama Hari Kekasih bagi negara kita.Untuk pengetahuan kalian perkataan 'saint' di hadapan perkataan tersebut menjadikan hari tersebut milik 'wali nasrani' yang dirayakan oleh orng yang yakin bahawa Allah mempunyai anak.. Subahanallah!! Hakikatnya hari kekasih telah menjadi 'syiar' agama kristian. Ia bagi memperingati seorang yang dianggap mati syahid(yang mati dibunuh pada 14 Februari), dan wali dalam agama kristian yang mempertahankan kebenaran agar tentera Romawi boleh menjadi manusia normal, bercinta dan berkahwin dengan wanita. Rata-rata mengaitkan hari tersebut dengan kisah Saint valentine sebagai alasn mengapa mereka perlu meraikan cinta.

Fatwa mengenai pengharaman orang Islam terlibat dan merayakan Hari Kekasih bukannya baharu,bukan bersifat setempat tetapi meliputi seluruh dunia.Pengharaman ini terletak dalam satu dasar aqidah Islam yang sangat berbeza dengan ajaran kristian.Ia menjadi pemisah utama aqidah Islam dan kristian.
Berjaya la orang kristian yang berjaya mempengaruhi anak-anak muda Muslim untuk berterusan meraikan hari wali besar mereka,Saint Valentine.

Kalian, cinta tetap sesegar mawar biarpun tidak diraikan pada setiap 14 Februari kerana cinta pada tersayang bukan dibiaskan pada mawar.. Salam..

Sumber: Majalah Solusi

*Harap kawan2 dapat joinn kempen nie.. Just amik banner kempen nie n link kan ke page awe.. so informasi ini akan tersebar n jadi pengajaran kepada kita..*



Love,