Tuesday, February 22, 2011

Doa seorang kekasih..

Assalamualaikum..

Apabila kita menyintai seseorang, bermacam-macam bait-bait cinta yang kita hujankan kepada orang yang kita cintai.. memang kita selalu memasang angan-angan untuk bersama dengan orang yang dicintai sehingga akhir hayat.. Tapi hakikatnya kita lupa bahawa cinta kita melebihi cinta kita kepada tuhan Yang Maha Esa..Sememangnya perasaan cinta yang hadir itu adalah kurnian-Nya.. Dia yang menentukan apa yang dikehendaki-Nya.. Berdoalah di atas kasih dan sayang yang kita perolehi.. 

Selamat Menghayati..









Ya Allah,
jika aku jatuh cinta, 
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.
Ya Muhaimin,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu, 
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu.
Ya Allah, 
jika aku menikmati cinta kekasihMu
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasihMu 
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu 
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Love.




0 comments:

Post a Comment