Thursday, February 10, 2011

Kempen Cinta Tanpa Valentine!!

 Hari nie awe nak wat kempen pasal sambutan pengharaman hari valentine bagi orng islam..

Photobucket

Setiap kali masuk bulan februari, hari valentine mula menjadi buah mulut orang.. Tidak kira bangsa mahupun agama,termasuk la golongan remaja Islam yang sedang asyik dilamun cinta sehingga lupa hukum halal dan haram.Sememangnya awe juga jahil mengenali soal ini tapi ape yang awe akan terangkan selepas ini harap diambil iktibar.

Hari Valentine atau nama sbnarnya St. Valentine's Day telah di kenali dengan nama Hari Kekasih bagi negara kita.Untuk pengetahuan kalian perkataan 'saint' di hadapan perkataan tersebut menjadikan hari tersebut milik 'wali nasrani' yang dirayakan oleh orng yang yakin bahawa Allah mempunyai anak.. Subahanallah!! Hakikatnya hari kekasih telah menjadi 'syiar' agama kristian. Ia bagi memperingati seorang yang dianggap mati syahid(yang mati dibunuh pada 14 Februari), dan wali dalam agama kristian yang mempertahankan kebenaran agar tentera Romawi boleh menjadi manusia normal, bercinta dan berkahwin dengan wanita. Rata-rata mengaitkan hari tersebut dengan kisah Saint valentine sebagai alasn mengapa mereka perlu meraikan cinta.

Fatwa mengenai pengharaman orang Islam terlibat dan merayakan Hari Kekasih bukannya baharu,bukan bersifat setempat tetapi meliputi seluruh dunia.Pengharaman ini terletak dalam satu dasar aqidah Islam yang sangat berbeza dengan ajaran kristian.Ia menjadi pemisah utama aqidah Islam dan kristian.
Berjaya la orang kristian yang berjaya mempengaruhi anak-anak muda Muslim untuk berterusan meraikan hari wali besar mereka,Saint Valentine.

Kalian, cinta tetap sesegar mawar biarpun tidak diraikan pada setiap 14 Februari kerana cinta pada tersayang bukan dibiaskan pada mawar.. Salam..

Sumber: Majalah Solusi

*Harap kawan2 dapat joinn kempen nie.. Just amik banner kempen nie n link kan ke page awe.. so informasi ini akan tersebar n jadi pengajaran kepada kita..*



Love,




0 comments:

Post a Comment