Monday, February 21, 2011

Tafsiran Di Sebalik Mimpi

Assalamualaikum...

Hari ni awe nak berkongsi cerita sedikit mmengenai rahsia disebalik mimpi..sebenarnya kisahnya bermula apabila awe sendiri mengalami mimpi buruk..memang buruk sgat la.. benda yang awe takut.. pasal result spm yang akan datang nie la.. mmg ngeri la..
 So awe search kat google mengenai tafsiran mimpi..mmg tidak di sangka awe terjumpa dengan satu laman web nie.. 

so nie awe nak kongsi ape yang awe dapat.. sape taw mungkin kalian pernah mengalami mimpi yang sedemikian..

Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian:
 1.Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
2. Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa
anda akan diampunkan dunia dan akhirat
        3. Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya
anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada
dalam kesakitan ia akan segera sembuh
4. Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman
bahagia
                    5.     Bermimpi  memohon  doa  kepada  Allah  Taala atau  membaca  qur'an
                    di  rumah anda alamatnya  anda  akan  terlepas daripada bahaya atau sempurna
                      sesuatu pekerjaan yang dilakukan
6. Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia
anda
7. Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi
orang yang berpakat besar
8. Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
9. Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala
di dunia dan akhirat
       10. Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan
yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain Bermimpi diri atau
rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia
dan akhirat
11. Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya
anda akan mendapat berita yang gembira
       12.Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan
segala suruhan Allah Taala Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi
petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
13. Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
14. Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda
dipeliharan daripada sebarang kejahatan
15. Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat Jika
bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
16. Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
17. Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan
diakhiri dengan kejayaan
        18. Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat
kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan Bermimpi mengenai
permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
19. Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat
kebajikan
20. Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
21. Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang
berpengaruh atau berpangkat besar
22.Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat
keredhaan Allah Taala.
23. Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang
besar
24. Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau
terkoyak baju alamat kematiannya
25. Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda
diberkati
26. Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
27. Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika
makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
28. Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
29. Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita.
Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
30.Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita
anda akan berjaya
31.Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat
bahaya.
32.Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat
kemalangan atau mati.
33.Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan
anda akan kehilangan harta.
34.Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang
besar.
35.Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan
difitnah.
36.Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan
memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
37.Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi
kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
38. Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan
dengan orang jahat
39. Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
40. Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan
sempurna
41. Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat
menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
42. Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh
menandakan anda akan dipermuliakan orang
43. Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan
berkawan dengan orang baik
       44. Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya
dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang
beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
45. Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
46. Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan
mendapat pahala di dunia dan akhirat 
47. Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu
akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
48. Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu
oleh Allah s.a.w
49. Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan
anda akan mendapat kebajikan
50. Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh
isteri, ilmu dan harta yang halal
51. Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan
memperoleh kebajikan dengan sempurna
52. Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta
yang ditanggung
53. Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi
penghulu besar
54. Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri
55. Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit
56. Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan
memperoleh harta atau anak
57. Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika
bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh
58. Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh
kekayaan
59. Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan
memperoleh harta yang banyak 
*p/s: Sebahagian dari mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan
tidur(gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu kita tidur dan kebiasaanya
mimpi yang benar selalu berlaku apabila keadaan kita tidur dengan nyenyak
terutama 1 jam selepas lena tidur sehingga sebelum waktu subuh.
Setiap perkara yang berlaku, berserahlah kepada Qada dan Qadar kerana Allah
SWT lah yang maha mengetahui. Wassalam..... :)
 
Love, 





5 comments:

  1. Wow..best entry ni..
    kak awe, kalau mimpi kene patuk ular??
    heheheheh..

    ReplyDelete
  2. mimpi patuk ular tu bahaya taw.. slalu orng cakap mungkin ade orng nak masuk meminang, tapi actually ade musibah akan datng.. orng salah info..

    ReplyDelete
  3. heheeh..oryte :)
    org dulu2 memang suka buat kesimpulan sendiri..
    hehehe

    ReplyDelete
  4. kalau blaja rawatan islam , mimpi patuk ular tu , berkaitan dengan ganguan jin dan unsur sihir , saka dan lain-lain yg berkaitan .

    ReplyDelete
  5. sy bermimpi ada pakcik tua katakan saya mati pada mgu depan,iaitu 16 april 2013 nie..huh

    ReplyDelete