Thursday, October 27, 2011

"Aku terlalu merindui Dia"

Salam semua...

Pernah atau tidak kamu semua PUTUS CINTA, FAIL EXAM, atau apa-apa yang boleh membuat kamu sedih dan kecewa. Yang pasti, sudah semestinya kamu semua akan rasa sangat sedih. Betulkan? Tidak perlulah hendak menipu diri sendiri.

Sudah semestinya kita tidak dapat menerima pada mulanya. Menangis dengan apa yang telah terjadi, sedangkan menangis air mata darah sekalipun tidak akan pernah merubah perkara yang sudah menjadi suratan.Ada juga sesetengah yang mengeluarakan kata-kata yang tidak sedap didengar untuk melempiaskan kesedihan dan kemarahan tersebut.

Kita terlalu memikirkan kesedihan itu sehingga kita lalai dengan perkara yang lebih penting. Tuhan, Dia lah yang telah menetapkan segala apa yang berlaku atas kita, sesungguhnya Dia la yang Maha Mengetahui. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dia tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuan mereka.

Sudahlah, berhenti dari semua kesedihan ini, hidup perlu diteruskan. Apa yang berlaku jadikanlah ia satu pengajaran untuk kita menjadi lebih matang. Betulkanlah segala kesilapan, jangan lari dari kenyataan.



Pesanan dari saya:
Banyakkanlah berdoa, sesungguhnya, 

"Doa Adalah Senjata Orang Mukmin"
Allah sentiasa merindui hambaNya





image taken from here.
*peringatan untuk diri saya juga. :)




Thursday, October 13, 2011

Aku Redha

Salam semua,

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga wat speaking test MUET pg tadi. itu pun selepas bermati-matian melawat perasaan gementar.

Actually takde pun kaitan muet nie dengan entry awe ari nie.
Semalam, ade perkara yang membuat awe cukup2 tersentap. sesuatu yang awe x pernah jangka kn.. awe mmg btul2 x jangkakan benda ni. Mungkin Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku.



seandainya pekara itu tidak terbongkar, sampai bila2 pun aku tidak akan tahu perkara sebenar. jadilah aku seperti orang yang menunggu bulan jatuh ke riba.. penantianku hanya la sia2 kerana dia bukan lagi milikku. dulu ku mengharapkn kepulangannya kembali ke sisi ku. aku sedar kerana akulah yang mengambil keputusan meninggalknmu, mungkin aku terlalu mengikut perasaan sendiri kerana aku mengharapkan perhatian dari mu. sejak itu, aku menunggu kau mencari aku semula..

Tapi, tanggapan ku meleset, kau telah berjumpa yang lain, mungkinkah die pengganti ku?? saat itu, hanya tuhan saja yang tahu betapa hancurnya hati ku.. sakit yang amat.. berlinangan air mataku sehingga tidak dapat ku tahan lagi.. kedua belah mata ku melihat sendiri kebenaran yang selama ini menjadi persoalan di hati. kenapa baru sekarang aku taw semua nie. hampir tiga bulan aku menunggu, tapi ini yang aku perolehi. sebuah kebenaran yang cukup perit untuk di terima.

Dulu aku cuba melupakan dirimu dengan mencari yang lain, tapi itu hanya sementara. tiada yang dapat mengubah hatiku yang telah aku serahkn untuk mu. kini aku mendapat kembali hatiku setelah engkau hancurkan. melihat kebahagian mu bersama dia cukup membuat aku terseksa, untuk saat ini siapa la aku untuk berasa cemburu. aku bukan lagi org yang kau cintai, sayangi seperti dulu. aku hanya lah orang pernah menduduki hati mu seketika dulu. sudah ade yang menggantikn ruang di hatimu.

Aku redha dengan ape yang sedang berlaku pada diriku, aku terima dengan kata2, hakikatnya hati aku menolaknya mentah2. aku berfikir sejenak, sampai bila aku perlu menunggu dirimu yang belum pasti kau pulang kembali? aku mengambil keputusan untuk lari dari memikirkan mu lagi, aku takkan kacau hidup kau lagi. semoga engkau berbahagia disamping dia. dan aku berterima kasih sgt2 kerana pernah membimbingku menjadi seorg wanita yang solehah. terima kasih untuk hijab yang kau berikan itu. aku sgt menghargai.

Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidupku..

kata2 ini hanya tinggal sejarah.
 p/s: maaf kerana bahasa yang berterabur.. paham2 la sendiri yer.. ^^






Friday, October 07, 2011

Perlukah peluang keTIGA??

Salam semua,

Dah lama juga saya tidak post apa2 di blog ini. Almaklumlah sibuk dengan kelas yang sangat-sangat pack. Okay lah saya pun malas nak cakap banyak so kita masuk terus persoalan ini:
Perlukah peluang keTiga??
Couple, Putus, Couple Putus?? apa kes ni. ingat main cak2 ker.. Marah pulak kalo kita kata dia main2, kononnya sayang la, sepenuh jiwa untuk kamu la.. macam2 lagi ayat2 manis yang ditaburkan. perkara ini ditujukan kepada kaum ADAM & HAWA.. dua2 terlibat, jangan hanya menyalahkn sebelah pihak sahaja.


ayat common yang selalu di gunakan
Maaf yer awk, tolong la terima saya balik. saya janji x kan wat macm ini lagi. saya akan berubah.. plizzz!!!
fine, bgus sebab dah minta maaf. mengaku itu salah korang. itu benda baik. yang x baiknya korang bleh plak menabur janji lg dgn mengatakn nak berubah la. tolong la jgn buat macm tu lagi.. kalau korang mungkir janji sama lah dengan golongan musyrik taw..

Then korang minta peluang kedua, jujur saya katakan korang mesti akan dapat punya the second chance, right? sebab ape?? hati die die masih syg dekat korang lagi. dats y la tak kira besar mana pun kesalahn korang wat. mesti ade kemaafan punya la.. jangan ingat dieorg gila2 kn korg, it big mistake la.. n jgn rasa korg besar kepala kerana dah berjaya tundukkn die semula.. NEVER!! 

bersyukur la dengan peluang yang die bagi. kalo betul korang sayang die, gunakan peluang tersebut dengan sebaik2 nya. anggap la ini peluang terakhir dari die.. be the best as you can.. fight for it!!

tak kan la korang tak sedar ape kesalahan yang pernah korg wat. then ape lagi try to fix it.. dont let it hanging without any solution..korang dah besar kan??dah pandai fikir. so be matured la, kalo tak , takkan la korang bercinta kan..

Mungkin Hati yang Pecah Itu Boleh Kau Camtumkan Kembali, tapi Untuk Ia Sama yang Dulu Jauh Sekali..
diilhamkan dari : nellythestrange