Thursday, October 13, 2011

Aku Redha

Salam semua,

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga wat speaking test MUET pg tadi. itu pun selepas bermati-matian melawat perasaan gementar.

Actually takde pun kaitan muet nie dengan entry awe ari nie.
Semalam, ade perkara yang membuat awe cukup2 tersentap. sesuatu yang awe x pernah jangka kn.. awe mmg btul2 x jangkakan benda ni. Mungkin Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku.



seandainya pekara itu tidak terbongkar, sampai bila2 pun aku tidak akan tahu perkara sebenar. jadilah aku seperti orang yang menunggu bulan jatuh ke riba.. penantianku hanya la sia2 kerana dia bukan lagi milikku. dulu ku mengharapkn kepulangannya kembali ke sisi ku. aku sedar kerana akulah yang mengambil keputusan meninggalknmu, mungkin aku terlalu mengikut perasaan sendiri kerana aku mengharapkan perhatian dari mu. sejak itu, aku menunggu kau mencari aku semula..

Tapi, tanggapan ku meleset, kau telah berjumpa yang lain, mungkinkah die pengganti ku?? saat itu, hanya tuhan saja yang tahu betapa hancurnya hati ku.. sakit yang amat.. berlinangan air mataku sehingga tidak dapat ku tahan lagi.. kedua belah mata ku melihat sendiri kebenaran yang selama ini menjadi persoalan di hati. kenapa baru sekarang aku taw semua nie. hampir tiga bulan aku menunggu, tapi ini yang aku perolehi. sebuah kebenaran yang cukup perit untuk di terima.

Dulu aku cuba melupakan dirimu dengan mencari yang lain, tapi itu hanya sementara. tiada yang dapat mengubah hatiku yang telah aku serahkn untuk mu. kini aku mendapat kembali hatiku setelah engkau hancurkan. melihat kebahagian mu bersama dia cukup membuat aku terseksa, untuk saat ini siapa la aku untuk berasa cemburu. aku bukan lagi org yang kau cintai, sayangi seperti dulu. aku hanya lah orang pernah menduduki hati mu seketika dulu. sudah ade yang menggantikn ruang di hatimu.

Aku redha dengan ape yang sedang berlaku pada diriku, aku terima dengan kata2, hakikatnya hati aku menolaknya mentah2. aku berfikir sejenak, sampai bila aku perlu menunggu dirimu yang belum pasti kau pulang kembali? aku mengambil keputusan untuk lari dari memikirkan mu lagi, aku takkan kacau hidup kau lagi. semoga engkau berbahagia disamping dia. dan aku berterima kasih sgt2 kerana pernah membimbingku menjadi seorg wanita yang solehah. terima kasih untuk hijab yang kau berikan itu. aku sgt menghargai.

Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidupku..

kata2 ini hanya tinggal sejarah.
 p/s: maaf kerana bahasa yang berterabur.. paham2 la sendiri yer.. ^^






9 comments:

  1. xpe.....tabah la mnjalani khidupan..stiap 0rg ade jodohnye msing2....sabar ye....sye pon ade mslh yg same mcm awk...dah air mate yg brlinangan....tp kite kene pasrah je....itu je yg mampu kite lakukan..

    ReplyDelete
  2. @Anonymousskrg nie sya cuba mncari blik kekuatan utk terima.. sya pasrah dgn kehilgn die. n sya percaya sya akn berjumpe yang lebih baik lagi..
    Insyaallah..

    ReplyDelete
  3. Tahnoah sebab dah hbes MUET...snang x??? sy tahun dpn bru nk mek..takutlah...Anyway, bersbr jelah ye awk...sy pun bru bape bulan meredhakan hti yg terluka...nmun, bersyukurlah kita, sekiranya dy bukn ditakdirkan untuk kita....Allah sngt menyayangi wanita, dan bila kita putus cinta, ingatlah Allah mahu satukan kita dgn org yg lebih baik..Itu janji Allah...Kuatkn semangat, nak menangis tu x slh tapi jgn smpai mkn dri sendri key???

    ReplyDelete
  4. @♥Lady Ainaa♥not bad la muet tu.. sya sedang meredhai kehilgn die.. mgkin ape yg berlaku ade hikmahnya..

    ReplyDelete
  5. kalo nak lupakan sesuatu, try amalkan ayat 39 surah ar-Ra'd, baca dan amalkan. ada petua kata kita letak tangan di kepala atau dada bila ayat ni, pastu buat kan gaya kita nak buang jauh2 kenangan tu. nway pesan saya, ayat ni takde kuasa, Allah yang ada kuasa, ayat ni sbg asbab je k. ape pun, kuat kan diri ye
    bawah ni saya kasi link ayat tu. baca ayat tu da fahami maksud dia. kamu akan denganr ape bicara Allah untuk kamu k
    http://terusidup.blogspot.com/2011/09/14-pohon-kekuatanmu.html

    ReplyDelete
  6. @Cheguterima kasih bnyak2.. isyaallah sya akan lakukn moga2 hasrat sya untuk melupkn die akn tercapai..

    ReplyDelete
  7. yupe....keep it up girl, hidup masih muda, pandanglah ke langit, pujilah Allah, heheh,ade tu rezeki untuk awak nnt. teruskan usaha dan doa

    ReplyDelete
  8. chill jek babe..:)
    -k-

    ReplyDelete