Tuesday, October 30, 2012

I cant lose You again

Assalamualaikum..

Terasa hati ini sakit sangat, entah kenapa semua jadi serba tak kena. 
Rasa nak marah orang, rasa nak nangis pun ada.
Bila buat itu rasa macam tak betul, bila buat ini rasa semua salah.
Nak jerit kuat-kuat pun ada.


Aku duduk, aku fikir mana silap aku sampai boleh jadi macam ini. Adakah aku pernah menyakitkan hati orang lain? Adakah masih ada hutang yang tidak dibayar? Macam-macam bermain dalam kepala.Sambil aku termenung, aku telihat kalimah syahadah yang tergantung di rumah. Mulutku menuturkan kalimah itu.

لا إله إلا الله محمد رسول الل

[LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.]
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.
Baru aku tersedar, rupa-rupanya aku telah lalai sehingga aku lupa mengingati dengan siapa aku patut mengadu, dengan siapa aku patut berserah. Sesungguhnya aku masih ada Tuhan untuk menjadi tempat mengadu








Sunday, October 21, 2012

Ana Jauh.

Dalam umur yang semakin meningkat tua,
hati jadi makin sensitif.
Soal hati sangat rumit,
sampai diri sendiri susah nak kenal pasti.
Perang dengan emosi,
lagi berat bebannya dari realiti.
Mungkin sebaliknya.
realiti tak seindah khayalan.
Haus dengan belaian kasih ibu,
keluarga, dan tersayang.
Kelak, kejauhan ini akan bangkit,
Lahir pejuang yang tabah,
tak tumbang untuk kedua kalinya.



Hati ini cukup tabah, InsyaAllah.







Friday, August 03, 2012

Masalah lagi, masalah lagi. *Sigh

Kusut kepala ini, tak habis-habis dengan masalah.
Huhhhhh...
Rasa macam menyusahkan hidup ini.

Itu apa yang saya rasa kalau hati dilanda dengan masalah. Rasa dunia ini tunggang terbalik. Serba tak kena. Cepat rasa nak marah orang. Rasa nak jerit then berharap semua masalah akan hilang.

Yang pasti itu tak mungkin. Masalah takkan hilang sesenang kita petik jari. *Pap Terus hilang semua. Alangkah seronoknya jika itu kenyataan.

Termenung sambil memikirkan nasib;
Apa salah aku sampai jadi macam ini? 
Rasanya semua dah betul, tapi kenapa jadi macam ini gak?
Mengeluh.Mengeluh.Dan Terus Mengeluh.


Tetiba hati ini terbuka untuk membaca tafsir. Then i found this,

13:28
Those who have believed and whose hearts are assured by the remembrance of Allah . Unquestionably, by the remembrance of Allah hearts are assured.
 [13:28]





Ya Allah, maafkan hambaMu ini. Sering kali lupa, dan banyak melakukan kekhilafan.
 Benar kata-kataMu, Hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.







Tuesday, June 26, 2012

Allah masih sayangkan aku.

Assalamualaikum.

Sesungguhnya nafas yang aku sedut dan hembus adalah milik Allah yang hakiki. Air yang aku minum juga milik Allah, tanah yang aku tumpang juga milik Allah. Malah nyawa ini sekalipun.

Aku buta selama ini, buta dari melihat nikmat yang Allah telah turunkan untuk aku. Yang aku tahu hanya meminta, tetapi tidak mensyukuri. Di saat nikmat itu ditarik, baru aku meyedari, menyesali dengan apa yang terjadi.

Jika di hitung dosa ku mungkin berbukit tingginya, keampunan dari Allah yang ku tagihi di kala ini. Jatuh bangunnya aku ditemani dengan sokongan dari dia yang tidak putus-putus. tidak jemu membimbing aku. Alhamdulillah dengan kehadirannya.

Hari ini, aku bangkit semula dari ketajuhanku, kejatuhan pegangan agamaku. Sudah lama aku membiarkan rohani ini kebuluran, akan ku isi dengan bait2 cinta dari Illahi. Kalau dulu aku sibukkan diri aku dengan perkara duniawi semata-mata, kini aku berjanji pada diriku, akan ku kejar agamaku dahulu.

Tanpa Allah, siapalah aku.
 Hamba yang lemah.

Aku sayangkan diriku, aku sayangkan agamaku. Lalu ku tunduk malu menyambut semula cinta Allah yang sentiasa menhujani hamba-Nya. Malu dengan diri sendiri, dengan kekhilafan yang pernah aku buat.

Dengan tafsir Alquran muliknya yang kini menjadi peneman setiaku, akan ku gunakan sebaik-baiknya, mengisi rohaniku.



Kini aku menyambut panggilan dari Allah, sudah lama aku terlepas panggilan itu. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku.

"Jazakallahu Khairan Kathira"


Terima kasih Adam.





Friday, June 22, 2012

Facebook Tetap Menjadi Pilihan

Tak kisahlah betapa bencinya anda pada FACEBOOK sejak adanya TWITTER, at the end kalau TWITTER interrupted FACEBOOK juga yang dicari.
Manusia, manusia.
Orang hidup memang macam ni.
Dapat yang baru, yang lama akan dilupakan. Bila susah bersama yang baru, yang lama diacari semula.


So moral dari apa yang terjadi;
 jangan pernah lupakan jasa mereka yang terdahulu, kelak kita memerlukan mereka semula..





Wednesday, May 09, 2012

Kejutan Dari Sang Arjuna

Assalamualaikum..

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu.
Allah selamatkan Siti Hawa Sumiri,
Allah selamatkan kamu..
Selamat Hari Lahir Hawa.


Saat itu, hanya senyuman yang terukir. Tidak tahu respon apa yang patut dibagi. Terasa seronok yang amat, nyanyi live on the phone pun dah kira bertuah bagi aku. Bukan senang, dengan beza masa yang agak besar tidak menjadi alasan untuk dia memberi ucapan sempana hari lahirku.

Sebenarnya benda ini telah berlaku lebih kurang satu bulan yang lalu, cuma baru sekarang aku berkesempatan bercerita. 

Jujur aku katakan, disaat hari istimewa seperti ini, sudah semestinya setiap perempuan yang berada di tempatku ingin menyambut bersama orang tersayang. Paling tidakpun, makan bersama, tapi.. Itu bukan aku, cukuplah sekadar ucapan dari dia, aku tidak mahu menyebarkan fitnah. Dan aku juga bersyukur jarak memisahkan kami. Dengan ini adalah alasan untuk aku tidak bertemu dengannya.

Bukan kerana aku sombong, tapi aku cukup segan dan berasa malu untuk berhadapan dengannya. Tanpa ikatan yang sah sudah semestinya aku adalah orang asing, dengan erti kata lain dia bukan muhrimku. Biarlah aku elak diriku dari terjerumus dalam lembah kemurkaan Yang Esa. Lagipun, ibu bapaku tidak berkenan jika kami keluar bersama. Cukuplah, dosa-dosaku dulu, aku tidak mahu menarik ibubapaku sekali untuk perkara yang mengundang dosa.

Ponteng kuliah? Ya itu yang dia lakukan semata-mata untuk memberi kejutan kepadaku, perasaan serba salah membelengguku. Seakan aku membebankannya, tapi.. Dia tetap meyakinkanku agar tenang dan jangan risaukan dia. Okay, aku menerima alasannya. Lalu dia mengahantar ku satu video.







Dan ini adalah video tersebut, tapi sebelum itu, dia berpesan agar aku melihat video tersebut bersama ibuku. Laluku tunaikan permintaan dia. Setelah video itu siap sampai di skypeku, aku memanggil ibu untuk melihat sama. 

-----------------------------------------------------------------------------------

Ya Allah saat itu hanya airmata yang mengalir. Perasaan yang bercampur baur, terharu dengan apa yang dia lakukan. :') ibuku pula hanya gelak. Dan sampai sekarang, setiap kali aku melihat video ini, aku tetap akan menangis, bukan kerana sedih, tetapi terlalu bahagia.


Ya Allah

Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu



Saat ini aku hanya boleh berdoa agar hubungan ini akan berkekalan dan dilindungi Allah dari perkara yang boleh mendatangkan murkaNya.

Rasanya cukup sampai sini dahulu, nanti bila-bila saya akan update untuk entry yang seterusnya.





Tuesday, April 24, 2012

Mencintaimu kerana Allah

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana telah hadir dalam hidup ini. Terima kasih sebab mengajarku ilmu agama.Terima kasih sebab sabar dengan karenahku. Terima kasih atas teguranmu buatku.Terima kasih untuk segala-galanya.

Ucapan terima kasih ku ini belum cukup untuk disamakan jika hendak dibandingakan dengan apa yang telah dia berikan kepada diriku ini. Jika dahulu aku tidak menyangkakan, tapi kini ini adalah realiti.

Kasih sayangnya tidak sekadar perkataan 'Aku sayangkan kamu' yang hanya boleh menyedapkan hati bila mendengarnya. Setiap apa yang dilafazkan dia akan buktikan.

Dia bukanlah seorang lelaki yang kaya,yang hidup dalam kemewahan, kesederhanaan adalah prinsipnya. Rupanya tidakkanlah kacak seperti artis-artis korea yang kini mejadi pujaan wanita, tetapi cukup membuat hati terasa tenang melihatnya.Tutur bicaranya tersusun membuatkan diri ini terasa selamat bersamanya.

Di saat lelaki lain sibuk dengan mengejar keseronokan dunia, dia berperang dengan diri sendiri untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai anak dan pelajar. Berada di perantauan bukan suatu kebanggan, tetapi merupakan satu cabaran. Ketika itu, dirinya hanya bergantung dengan Allah.

Walaupun jaraknya sehingga dua benua, itu bukan menjadi alasan baginya untuk menjagaku disini.



Tidak kira walaupun saya berada dimana sekalipun, saya tidak akan mensia-siakan awak. Saya akan pastikan awak terjaga. Itu janji saya. -katanya.

Walaupun ia hanya sekadar kata-kata yang diungkapkan, tapi kata-kata itu dapat membuatku terasa aman. Dia membuat apa yang dijanjikan, sesungguhnya dia tidak memungkiri janjinya kepadaku. aku teringat satu kisah:

  Kalau tidak silap, waktu ketika itu adalah pukul 6.15pagi , di mana aku bangun untuk menunaikan solat subuh. Bila aku melihat telefonku, terdapat beberapa misscall dari dia dari pukul 4.00 pagi. So aku pun menghantar sms kepadanya menanyakan jika ada apa-apa berlaku. Dia call aku semula dan meminta aku membuka akuan facebookku. 

  Dia menerangkan kepadaku, sewaktu dia membuka wall aku dia ternampak seseorang telah post video lucah di facebookku. Saat itu darah aku berderau. Dan bila aku buka wallku, memang benar apa yang dikatakan, perasaan takut, sedih, malu. Terasa maruahku dimalukan sebegitu rupa. Ya aku menangis sebab terkejut, dia memberitahuku supaya remove post tersebut dan memberitahuku agar berhati-hati sebab kini terlalu banyak jenayah cyber.

  Ya Allah, aku berterima kasih kepadanya kerana memberi tahuku. Jika tidak maruahku seperti tercalar. Dia mengulangi kembali kata-katanya "saya akan tetap menjaga awak tidak kira jauh mana sekalipun''. Kini aku berasa amat tenang.

Insiden itu meyakinkan aku kepada dirinya. Ada satu perkara lagi yang membuatku menyayanginya.

Dulu aku tak seperti ini, bertudung labuh, memakai handsock, berstoking. Aku juga seperti gadis-gadis lain yang gemar memakai shawl atau pun pashmina. Bagiku dulu, cukuplah sekadar menutup rambut dan leherku. Ingin berfesyen? Fitrah bagi seorang perempuan. Salah satu yang membuat aku berubah adalah kata-katanya yang membuat aku sungguh sebak.

Macam biasa aku berhubung dengannya melalui skype, dan ketika itu dia memberitahuku yang ada sesuatu yang dia kecewa dan berasa sedih denganku. Hatiku tidak tenang, tiba-tiba dia menghantar aku dua gambar, dan kedua-dua gambar adalah milikku. Pakaianku ketika itu tidak sempurna auratnya, menampakkan apa yang haram bagi bukan muhrimku untuk melihatnya, dia bertanya kepadaku kenapa aku jadi begitu. Aku terdiam dan ketika itu aku berasa amat malu kepadanya,terasa diri ini amat teruk. Dia tidak marah kepadaku, bahkan dia memberitahuku;

Selagi saya masih belum halal pada awak, saya tidak akan melihat aurat awak.-katanya

Hanya air mata yang bergenang ketika itu,aku menangis kerana telah mengecewakan seorang yang cukup baik kepadaku.



Saat pertama kali saya lafazkan kepada awak yang saya sayangkan awak, saya akan sayang awak dari hujung rambut awak dari hujung kaki awak.Saya akan membantu awak untuk menjaga aurat awak.-katanya lagi.

Kenapa dia begitu baik kepada ku? Kenapa dia amat menjaga ku? Macam-macam soalan yang muncul dalam kepala ketika itu. Ya Allah sesungguhnya aku tidak mahu kehilangannya.Lepas apa yang berlaku, aku tanamkan dalam diri aku untuk menjadi yang terbaik untuknya. Kalau dia boleh berubah untuk jadi yang terbaik buat aku kenapa aku tidak boleh berubah untuk jadi yang terbaik buat dirinya pulak.

Aku berubah bukan semata-mata sebab dia, tapi dia adalah orang yang dihantar kepada aku untuk mengenal agama dengan lebih dalam.

Alhamdulillah.. Aku bersyukur Ya Allah dengan kehadirannya. Ini adalah antara sifat-sifat yang yang ada dalam dirinya yang membuat aku rasa takut kehilanganya. Walaubagaimanapun, jodoh itu rahsia Allah, aku hanya boleh berdoa agar dialah jodohku. Amin.

Aku harap dengan cerita ini dapat menolong para wanita untuk mencari lelaki yang tepat untuk dijadikan raja dia hati, janganlah pilih semata-mata rupa dan indah bahasanya. Kerana itu semua tidak kekal. Dan buat para jejaka, ambillah ikhtibar agar kelak kalian dapat berjumpa suri dihati yang selayaknya dengan kalian.
InsyaAllah...

Yang kiri itu saya, yang kanan comel itu kawan saya yang rendah sikit dari saya. :p

Hadirmu adalah anugerah terindah buatku.


Sekian dari saya, 





Saturday, April 21, 2012

Contest Blog Saya Paling Awesome by Niniey & Mun

Assalamualaikum dan hai kepada kalian semua,

baca saja entry mesti dapat teka apa sebenarnya saya akan buat. Sebenarnya saya ditag oleh seorang budak kecil ni, adik aina farahin.

Contest Blog Saya Paling Awesome 


Contest ni telah dianjurakan oleh dua orang blogger iaitu Niniey & Mun.



Dengan ini saya secara rasminya akan turut serta dalam contest ni.Maaflah sebab blog saya tak awesome mana pun, simple saja. Sebab makin banyak benda yang diletak dalam blog makin lambat loading. Buat sakit hati sajakan.

So seperti yang tetapkan dalam contest ni saya akan tag mereka-meraka yang bertuah:



So wish luck for me.. :)




Wednesday, April 18, 2012

I love TUMBLR!

Selain daripada blog, saya juga aktif dalam tumblr-ing ini.
Best.
Sesuai bagi sesiapa yang minat photograph.
Gambar-gambar yang korang shoot itu bolehlah upload kat tumblr.
Takkan hilang.
Lebih kurang macam blog juga.
Ada kod-kod yang banyak.
Tapi dia tiada ruang untuk comment.
Boleh reblog: sama macam retweet.
So lepas ni boleh la sign up tumblr dekat sini.



Lepas itu bolehlah melawat tumblr saya dekat sini.






Friday, April 13, 2012

Tutorial background untuk title sidebar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Untuk tutorial kali ini saya akan ajar macam mana nak ade header macam ini. Sebenarnya saya hanya guna gambar untuk buat dia jadi macam itu.


1. Dashboard =>Design=>Edit HTML=>Tick Expand Widget Template .
2. Then press ctrl+f cari kod nie.. 

h2 {
  font: $(widget.title.font);
  text-transform: $(widget.title.text.transform);
  color: $(widget.title.text.color);
 padding: .9em 6em;
  margin: .6em 0; 

3. Kalau dah jumpa, korang paste kod bawah ini selepas kod atas tadi.

text-align:center;
background:url(letak url gambar pilihan korang itu);

4. Seterusnya korang preview dulu sebelum save.

P/s: Saya nak bagi tips, untuk saiz yang sesuai adalah 235(lebar)x44(tinggi). Dan formatnya adalah png.

SELAMAT MENCUBA




Tuesday, April 10, 2012

Bicara Cinta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Untuk post kali ini, saya nak kongsi sesuatu dengan semua. Nampak saja perkataan cinta mesti teringat orang yang tersayangkan. Tak kisahlah siapapun, sama ada ibu bapa , kawan atau seseorang yang istimewa.

Cinta pada manusia

Hah.. Teringat dekat siapalah itu?? Ada boyfriend ke? Takpun admire dekat seseorang ya. .Bagi siapa yang tengah bercinta, tahniah sebab Allah dah temukan kalian. Harap-harap, dia adalah jodoh anda. Kalau yang single itu janganlah korang rasa sedih, sebab Allah dah berjanji dalam Al-Quran : diciptakan manusia berpasang-pasangan. Jodoh itu semua rahsia Allah. Cepat atau lambat sahaja. Sabar itu penting, mungkin Allah telah merancang yang lebih baik dari yang kita sangka.

Awak sayang dia, dia pun sayang awak. Terasa bahagiakan? Tanda sayang sebenar dia pada awak adalah dengan sentiasa mengingatkan awak pada Tuhan,Allah. Bukan dengan mengeluarkan kata-kata puitis yang boleh membuat awak khayal sehingga lalai dan melupakan Allah. Memberi belaian kepada awak yang sememangnya belum sah menjadi yang mahram buatnya adalah HARAM. Cara itu sememangnya salah dan berdosa.
Sesungguhnya banyak cara lagi yang boleh dibuat untuk tunjukkan rasa sayang. Sentiasa mengingatkan dia solat, mengaji Al-Quran, dan saya yakin kalian pun sedar dengan benda ini semua.Semestinya kita akan bagi yang terbaik untuk orang yang kita sayangi. So sempurnakanlah diri kita dulu dengan perkara yang baik agar kelak Allah akan membantu melancarkan hubungan itu.

Image taken from here


Terasa cemburu bila tengok kawan-kawan kita bercinta?Alahai, buanglah cepat-cepat perasaan itu. Sebab sesungguhnya kalian sangat beruntung kerana Allah telah memelihara hati korang dari tercemar dengan cinta yang mungkin akan membawa kalian sedih dan lalai.Yakinlah dengan Allah, perancangan Allah lebih hebat. Kelak Allah akan janjikan kalian dengan kebahagian yang tidak disangka.

Saya doakan semoga hajat kalian untuk bersama dengan orang tersayang akan termakbul. Dan Allah akan melindungi kalian yang tidak sepatutnya. InsyaAllah..

''If Allah is all you have, you have All you need.."






Wednesday, March 28, 2012

Aku Benci Kau. Penipu!

rasanya ayat itu sering kali kita dengar atau tengok, dekat facebook, twitter.meratalah kita boleh nampak.lagi-lagi kalau tengok pasangan kekasih yang baru berpisah. macam- macam maki hamun keluar, salah satu yang popular ayat ini, 'Aku Benci Kau. Penipu!'. rasa nak tergelak pun ada, tetapi tak boleh, kita kena hormat perasaan orang. mungkin dengan cara itu dia dapat lepaskan perasaan marah dia.

"PENIPU''? kenapa kau gelar dia penipu? sebab dia mainkan perasaan kau ke? sebab dia tak tunaikan janji-janji yang dia taburkan untuk kau ke? atau sebab dia ada orang lain? mungkin salah satu itu penyebabnyakan? kalau itulah kebenaranya memang selayaknya dia dipanggil penipu.

tetapi sebelum kau gelar dia penipu, sedar atau tidak, kau juga seorang penipu. kau tanya kenapa? baiklah, cuba kau lihat diri kau balik, kau pernah tipu mak kau? bapak kau? atau kawan kau?takpun yang paling dekat dengan kau, diri sendiri.. kau tak sembahyang, kau tak puasa, macam-macam lagi yang kau buat ikut hawa nafsu kau.dan kalau kau nak tahu, sebenarnya kau sedang tipu diri kau sendiri. 'kecil atau besar, tipu, tetap tipu.'

image taken from here

maknanya kau pun benci diri kau sendiri. sebab kau pun penipu.maaf, mungkin ia kasar, tetapi inilah kenyataanya.sudahlah, lupakan benda-benda yang buat kau sakit hati.sakit hati sampai taknak makan, kunci diri dalam bilik. tak payahlah, buang masa. banyak lagi benda yang boleh buat kau happy.lebih baik kau muhasabah diri kau balik, ubah apa yang tak patut.dari yang buruk berubah baik, dari yang baik berubah lebih baik.

ingatlah, Allah sentiasa ada untuk hamba-hamba-Nya. tidak perlulah kita menyimpan dendam, memaafkan adalah lebih mulia.Allah telah berfirman

Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.
(A-li'Imraan 3:120)
so, banyakkanlah bersabar jika ada orang yang tipu kita, hidup ini macam roda, satu saat kita di atas, dan satu saat kemudiannya kita akan berada di bawah.maaf kalau bahasa saya kasar, jangan lihat siapa saya, tetapi pandanglah apa yang saya cuba perkatakan..





Thursday, February 02, 2012

I love taking pictures

Assalamualaikum,

Just a few picture there, hope u like it.. :)
One day i wish i have DSLR. even for beginner..




This my lovely AdHa



FSK6 UiTM PUNCAk ALAM



My nephew



During Xmas at MidValley



i love her smile :)



so innocent



she calm



sirih junjung



Kolej Rafflesia 3, UiTM PUNCAK ALAM



Tangga Kejayaan



Blue sky



Bamboo



Yellow school bus



waiting



Cosmoworld, Berjaya Times Square



Penyepit baju.

Those picture are mine, i did not steal anyone picture. Im not a pirate. Enjoy it. :)