Wednesday, March 28, 2012

Aku Benci Kau. Penipu!

rasanya ayat itu sering kali kita dengar atau tengok, dekat facebook, twitter.meratalah kita boleh nampak.lagi-lagi kalau tengok pasangan kekasih yang baru berpisah. macam- macam maki hamun keluar, salah satu yang popular ayat ini, 'Aku Benci Kau. Penipu!'. rasa nak tergelak pun ada, tetapi tak boleh, kita kena hormat perasaan orang. mungkin dengan cara itu dia dapat lepaskan perasaan marah dia.

"PENIPU''? kenapa kau gelar dia penipu? sebab dia mainkan perasaan kau ke? sebab dia tak tunaikan janji-janji yang dia taburkan untuk kau ke? atau sebab dia ada orang lain? mungkin salah satu itu penyebabnyakan? kalau itulah kebenaranya memang selayaknya dia dipanggil penipu.

tetapi sebelum kau gelar dia penipu, sedar atau tidak, kau juga seorang penipu. kau tanya kenapa? baiklah, cuba kau lihat diri kau balik, kau pernah tipu mak kau? bapak kau? atau kawan kau?takpun yang paling dekat dengan kau, diri sendiri.. kau tak sembahyang, kau tak puasa, macam-macam lagi yang kau buat ikut hawa nafsu kau.dan kalau kau nak tahu, sebenarnya kau sedang tipu diri kau sendiri. 'kecil atau besar, tipu, tetap tipu.'

image taken from here

maknanya kau pun benci diri kau sendiri. sebab kau pun penipu.maaf, mungkin ia kasar, tetapi inilah kenyataanya.sudahlah, lupakan benda-benda yang buat kau sakit hati.sakit hati sampai taknak makan, kunci diri dalam bilik. tak payahlah, buang masa. banyak lagi benda yang boleh buat kau happy.lebih baik kau muhasabah diri kau balik, ubah apa yang tak patut.dari yang buruk berubah baik, dari yang baik berubah lebih baik.

ingatlah, Allah sentiasa ada untuk hamba-hamba-Nya. tidak perlulah kita menyimpan dendam, memaafkan adalah lebih mulia.Allah telah berfirman

Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.
(A-li'Imraan 3:120)
so, banyakkanlah bersabar jika ada orang yang tipu kita, hidup ini macam roda, satu saat kita di atas, dan satu saat kemudiannya kita akan berada di bawah.maaf kalau bahasa saya kasar, jangan lihat siapa saya, tetapi pandanglah apa yang saya cuba perkatakan..





2 comments:

  1. wow! sngt 'inspiring' entri ni.. ;)

    follower ke-307..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. take it as advice for u n for me too.

      Delete