Tuesday, April 24, 2012

Mencintaimu kerana Allah

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana telah hadir dalam hidup ini. Terima kasih sebab mengajarku ilmu agama.Terima kasih sebab sabar dengan karenahku. Terima kasih atas teguranmu buatku.Terima kasih untuk segala-galanya.

Ucapan terima kasih ku ini belum cukup untuk disamakan jika hendak dibandingakan dengan apa yang telah dia berikan kepada diriku ini. Jika dahulu aku tidak menyangkakan, tapi kini ini adalah realiti.

Kasih sayangnya tidak sekadar perkataan 'Aku sayangkan kamu' yang hanya boleh menyedapkan hati bila mendengarnya. Setiap apa yang dilafazkan dia akan buktikan.

Dia bukanlah seorang lelaki yang kaya,yang hidup dalam kemewahan, kesederhanaan adalah prinsipnya. Rupanya tidakkanlah kacak seperti artis-artis korea yang kini mejadi pujaan wanita, tetapi cukup membuat hati terasa tenang melihatnya.Tutur bicaranya tersusun membuatkan diri ini terasa selamat bersamanya.

Di saat lelaki lain sibuk dengan mengejar keseronokan dunia, dia berperang dengan diri sendiri untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai anak dan pelajar. Berada di perantauan bukan suatu kebanggan, tetapi merupakan satu cabaran. Ketika itu, dirinya hanya bergantung dengan Allah.

Walaupun jaraknya sehingga dua benua, itu bukan menjadi alasan baginya untuk menjagaku disini.



Tidak kira walaupun saya berada dimana sekalipun, saya tidak akan mensia-siakan awak. Saya akan pastikan awak terjaga. Itu janji saya. -katanya.

Walaupun ia hanya sekadar kata-kata yang diungkapkan, tapi kata-kata itu dapat membuatku terasa aman. Dia membuat apa yang dijanjikan, sesungguhnya dia tidak memungkiri janjinya kepadaku. aku teringat satu kisah:

  Kalau tidak silap, waktu ketika itu adalah pukul 6.15pagi , di mana aku bangun untuk menunaikan solat subuh. Bila aku melihat telefonku, terdapat beberapa misscall dari dia dari pukul 4.00 pagi. So aku pun menghantar sms kepadanya menanyakan jika ada apa-apa berlaku. Dia call aku semula dan meminta aku membuka akuan facebookku. 

  Dia menerangkan kepadaku, sewaktu dia membuka wall aku dia ternampak seseorang telah post video lucah di facebookku. Saat itu darah aku berderau. Dan bila aku buka wallku, memang benar apa yang dikatakan, perasaan takut, sedih, malu. Terasa maruahku dimalukan sebegitu rupa. Ya aku menangis sebab terkejut, dia memberitahuku supaya remove post tersebut dan memberitahuku agar berhati-hati sebab kini terlalu banyak jenayah cyber.

  Ya Allah, aku berterima kasih kepadanya kerana memberi tahuku. Jika tidak maruahku seperti tercalar. Dia mengulangi kembali kata-katanya "saya akan tetap menjaga awak tidak kira jauh mana sekalipun''. Kini aku berasa amat tenang.

Insiden itu meyakinkan aku kepada dirinya. Ada satu perkara lagi yang membuatku menyayanginya.

Dulu aku tak seperti ini, bertudung labuh, memakai handsock, berstoking. Aku juga seperti gadis-gadis lain yang gemar memakai shawl atau pun pashmina. Bagiku dulu, cukuplah sekadar menutup rambut dan leherku. Ingin berfesyen? Fitrah bagi seorang perempuan. Salah satu yang membuat aku berubah adalah kata-katanya yang membuat aku sungguh sebak.

Macam biasa aku berhubung dengannya melalui skype, dan ketika itu dia memberitahuku yang ada sesuatu yang dia kecewa dan berasa sedih denganku. Hatiku tidak tenang, tiba-tiba dia menghantar aku dua gambar, dan kedua-dua gambar adalah milikku. Pakaianku ketika itu tidak sempurna auratnya, menampakkan apa yang haram bagi bukan muhrimku untuk melihatnya, dia bertanya kepadaku kenapa aku jadi begitu. Aku terdiam dan ketika itu aku berasa amat malu kepadanya,terasa diri ini amat teruk. Dia tidak marah kepadaku, bahkan dia memberitahuku;

Selagi saya masih belum halal pada awak, saya tidak akan melihat aurat awak.-katanya

Hanya air mata yang bergenang ketika itu,aku menangis kerana telah mengecewakan seorang yang cukup baik kepadaku.



Saat pertama kali saya lafazkan kepada awak yang saya sayangkan awak, saya akan sayang awak dari hujung rambut awak dari hujung kaki awak.Saya akan membantu awak untuk menjaga aurat awak.-katanya lagi.

Kenapa dia begitu baik kepada ku? Kenapa dia amat menjaga ku? Macam-macam soalan yang muncul dalam kepala ketika itu. Ya Allah sesungguhnya aku tidak mahu kehilangannya.Lepas apa yang berlaku, aku tanamkan dalam diri aku untuk menjadi yang terbaik untuknya. Kalau dia boleh berubah untuk jadi yang terbaik buat aku kenapa aku tidak boleh berubah untuk jadi yang terbaik buat dirinya pulak.

Aku berubah bukan semata-mata sebab dia, tapi dia adalah orang yang dihantar kepada aku untuk mengenal agama dengan lebih dalam.

Alhamdulillah.. Aku bersyukur Ya Allah dengan kehadirannya. Ini adalah antara sifat-sifat yang yang ada dalam dirinya yang membuat aku rasa takut kehilanganya. Walaubagaimanapun, jodoh itu rahsia Allah, aku hanya boleh berdoa agar dialah jodohku. Amin.

Aku harap dengan cerita ini dapat menolong para wanita untuk mencari lelaki yang tepat untuk dijadikan raja dia hati, janganlah pilih semata-mata rupa dan indah bahasanya. Kerana itu semua tidak kekal. Dan buat para jejaka, ambillah ikhtibar agar kelak kalian dapat berjumpa suri dihati yang selayaknya dengan kalian.
InsyaAllah...

Yang kiri itu saya, yang kanan comel itu kawan saya yang rendah sikit dari saya. :p

Hadirmu adalah anugerah terindah buatku.


Sekian dari saya, 





Saturday, April 21, 2012

Contest Blog Saya Paling Awesome by Niniey & Mun

Assalamualaikum dan hai kepada kalian semua,

baca saja entry mesti dapat teka apa sebenarnya saya akan buat. Sebenarnya saya ditag oleh seorang budak kecil ni, adik aina farahin.

Contest Blog Saya Paling Awesome 


Contest ni telah dianjurakan oleh dua orang blogger iaitu Niniey & Mun.



Dengan ini saya secara rasminya akan turut serta dalam contest ni.Maaflah sebab blog saya tak awesome mana pun, simple saja. Sebab makin banyak benda yang diletak dalam blog makin lambat loading. Buat sakit hati sajakan.

So seperti yang tetapkan dalam contest ni saya akan tag mereka-meraka yang bertuah:



So wish luck for me.. :)




Wednesday, April 18, 2012

I love TUMBLR!

Selain daripada blog, saya juga aktif dalam tumblr-ing ini.
Best.
Sesuai bagi sesiapa yang minat photograph.
Gambar-gambar yang korang shoot itu bolehlah upload kat tumblr.
Takkan hilang.
Lebih kurang macam blog juga.
Ada kod-kod yang banyak.
Tapi dia tiada ruang untuk comment.
Boleh reblog: sama macam retweet.
So lepas ni boleh la sign up tumblr dekat sini.



Lepas itu bolehlah melawat tumblr saya dekat sini.






Friday, April 13, 2012

Tutorial background untuk title sidebar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Untuk tutorial kali ini saya akan ajar macam mana nak ade header macam ini. Sebenarnya saya hanya guna gambar untuk buat dia jadi macam itu.


1. Dashboard =>Design=>Edit HTML=>Tick Expand Widget Template .
2. Then press ctrl+f cari kod nie.. 

h2 {
  font: $(widget.title.font);
  text-transform: $(widget.title.text.transform);
  color: $(widget.title.text.color);
 padding: .9em 6em;
  margin: .6em 0; 

3. Kalau dah jumpa, korang paste kod bawah ini selepas kod atas tadi.

text-align:center;
background:url(letak url gambar pilihan korang itu);

4. Seterusnya korang preview dulu sebelum save.

P/s: Saya nak bagi tips, untuk saiz yang sesuai adalah 235(lebar)x44(tinggi). Dan formatnya adalah png.

SELAMAT MENCUBA




Tuesday, April 10, 2012

Bicara Cinta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Untuk post kali ini, saya nak kongsi sesuatu dengan semua. Nampak saja perkataan cinta mesti teringat orang yang tersayangkan. Tak kisahlah siapapun, sama ada ibu bapa , kawan atau seseorang yang istimewa.

Cinta pada manusia

Hah.. Teringat dekat siapalah itu?? Ada boyfriend ke? Takpun admire dekat seseorang ya. .Bagi siapa yang tengah bercinta, tahniah sebab Allah dah temukan kalian. Harap-harap, dia adalah jodoh anda. Kalau yang single itu janganlah korang rasa sedih, sebab Allah dah berjanji dalam Al-Quran : diciptakan manusia berpasang-pasangan. Jodoh itu semua rahsia Allah. Cepat atau lambat sahaja. Sabar itu penting, mungkin Allah telah merancang yang lebih baik dari yang kita sangka.

Awak sayang dia, dia pun sayang awak. Terasa bahagiakan? Tanda sayang sebenar dia pada awak adalah dengan sentiasa mengingatkan awak pada Tuhan,Allah. Bukan dengan mengeluarkan kata-kata puitis yang boleh membuat awak khayal sehingga lalai dan melupakan Allah. Memberi belaian kepada awak yang sememangnya belum sah menjadi yang mahram buatnya adalah HARAM. Cara itu sememangnya salah dan berdosa.
Sesungguhnya banyak cara lagi yang boleh dibuat untuk tunjukkan rasa sayang. Sentiasa mengingatkan dia solat, mengaji Al-Quran, dan saya yakin kalian pun sedar dengan benda ini semua.Semestinya kita akan bagi yang terbaik untuk orang yang kita sayangi. So sempurnakanlah diri kita dulu dengan perkara yang baik agar kelak Allah akan membantu melancarkan hubungan itu.

Image taken from here


Terasa cemburu bila tengok kawan-kawan kita bercinta?Alahai, buanglah cepat-cepat perasaan itu. Sebab sesungguhnya kalian sangat beruntung kerana Allah telah memelihara hati korang dari tercemar dengan cinta yang mungkin akan membawa kalian sedih dan lalai.Yakinlah dengan Allah, perancangan Allah lebih hebat. Kelak Allah akan janjikan kalian dengan kebahagian yang tidak disangka.

Saya doakan semoga hajat kalian untuk bersama dengan orang tersayang akan termakbul. Dan Allah akan melindungi kalian yang tidak sepatutnya. InsyaAllah..

''If Allah is all you have, you have All you need.."