Tuesday, April 10, 2012

Bicara Cinta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Untuk post kali ini, saya nak kongsi sesuatu dengan semua. Nampak saja perkataan cinta mesti teringat orang yang tersayangkan. Tak kisahlah siapapun, sama ada ibu bapa , kawan atau seseorang yang istimewa.

Cinta pada manusia

Hah.. Teringat dekat siapalah itu?? Ada boyfriend ke? Takpun admire dekat seseorang ya. .Bagi siapa yang tengah bercinta, tahniah sebab Allah dah temukan kalian. Harap-harap, dia adalah jodoh anda. Kalau yang single itu janganlah korang rasa sedih, sebab Allah dah berjanji dalam Al-Quran : diciptakan manusia berpasang-pasangan. Jodoh itu semua rahsia Allah. Cepat atau lambat sahaja. Sabar itu penting, mungkin Allah telah merancang yang lebih baik dari yang kita sangka.

Awak sayang dia, dia pun sayang awak. Terasa bahagiakan? Tanda sayang sebenar dia pada awak adalah dengan sentiasa mengingatkan awak pada Tuhan,Allah. Bukan dengan mengeluarkan kata-kata puitis yang boleh membuat awak khayal sehingga lalai dan melupakan Allah. Memberi belaian kepada awak yang sememangnya belum sah menjadi yang mahram buatnya adalah HARAM. Cara itu sememangnya salah dan berdosa.
Sesungguhnya banyak cara lagi yang boleh dibuat untuk tunjukkan rasa sayang. Sentiasa mengingatkan dia solat, mengaji Al-Quran, dan saya yakin kalian pun sedar dengan benda ini semua.Semestinya kita akan bagi yang terbaik untuk orang yang kita sayangi. So sempurnakanlah diri kita dulu dengan perkara yang baik agar kelak Allah akan membantu melancarkan hubungan itu.

Image taken from here


Terasa cemburu bila tengok kawan-kawan kita bercinta?Alahai, buanglah cepat-cepat perasaan itu. Sebab sesungguhnya kalian sangat beruntung kerana Allah telah memelihara hati korang dari tercemar dengan cinta yang mungkin akan membawa kalian sedih dan lalai.Yakinlah dengan Allah, perancangan Allah lebih hebat. Kelak Allah akan janjikan kalian dengan kebahagian yang tidak disangka.

Saya doakan semoga hajat kalian untuk bersama dengan orang tersayang akan termakbul. Dan Allah akan melindungi kalian yang tidak sepatutnya. InsyaAllah..

''If Allah is all you have, you have All you need.."






8 comments:

  1. Ye,Jodoh Itu Datang Dari Allah. Ada atau Tidak Itu Semua dariNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kita kne percaya kepada Allah kn.. :)

      Delete
  2. Berilah cintamu pada Pemilik Cinta dan Dia akan menganugerahkanmu dengan cinta manusia

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb Allah tahu ape yg berbaik utk kita. semua yg dtgnya dri Allah adalah elok2..

      Delete
  3. ya..cinta dlm Islam sblum kahwin tak haram..tapi ad panduan dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. tp skrg nie byk bnda buruk jadi dsbbkn slah pnduan.. semoga dia x terlalu jauh tersesat..

      Delete
  4. Kawan hani ramai yang terpesong :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpesong? Mungkin diorang terlalu khayal sampai tak sedar ape yg mereka buat betul atau tidak. Ikutkn nafsu semata2. Bila org bercinta kalo x kuat pegangannya mmg akn jd buta..

      Delete