Tuesday, April 24, 2012

Mencintaimu kerana Allah

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana telah hadir dalam hidup ini. Terima kasih sebab mengajarku ilmu agama.Terima kasih sebab sabar dengan karenahku. Terima kasih atas teguranmu buatku.Terima kasih untuk segala-galanya.

Ucapan terima kasih ku ini belum cukup untuk disamakan jika hendak dibandingakan dengan apa yang telah dia berikan kepada diriku ini. Jika dahulu aku tidak menyangkakan, tapi kini ini adalah realiti.

Kasih sayangnya tidak sekadar perkataan 'Aku sayangkan kamu' yang hanya boleh menyedapkan hati bila mendengarnya. Setiap apa yang dilafazkan dia akan buktikan.

Dia bukanlah seorang lelaki yang kaya,yang hidup dalam kemewahan, kesederhanaan adalah prinsipnya. Rupanya tidakkanlah kacak seperti artis-artis korea yang kini mejadi pujaan wanita, tetapi cukup membuat hati terasa tenang melihatnya.Tutur bicaranya tersusun membuatkan diri ini terasa selamat bersamanya.

Di saat lelaki lain sibuk dengan mengejar keseronokan dunia, dia berperang dengan diri sendiri untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai anak dan pelajar. Berada di perantauan bukan suatu kebanggan, tetapi merupakan satu cabaran. Ketika itu, dirinya hanya bergantung dengan Allah.

Walaupun jaraknya sehingga dua benua, itu bukan menjadi alasan baginya untuk menjagaku disini.



Tidak kira walaupun saya berada dimana sekalipun, saya tidak akan mensia-siakan awak. Saya akan pastikan awak terjaga. Itu janji saya. -katanya.

Walaupun ia hanya sekadar kata-kata yang diungkapkan, tapi kata-kata itu dapat membuatku terasa aman. Dia membuat apa yang dijanjikan, sesungguhnya dia tidak memungkiri janjinya kepadaku. aku teringat satu kisah:

  Kalau tidak silap, waktu ketika itu adalah pukul 6.15pagi , di mana aku bangun untuk menunaikan solat subuh. Bila aku melihat telefonku, terdapat beberapa misscall dari dia dari pukul 4.00 pagi. So aku pun menghantar sms kepadanya menanyakan jika ada apa-apa berlaku. Dia call aku semula dan meminta aku membuka akuan facebookku. 

  Dia menerangkan kepadaku, sewaktu dia membuka wall aku dia ternampak seseorang telah post video lucah di facebookku. Saat itu darah aku berderau. Dan bila aku buka wallku, memang benar apa yang dikatakan, perasaan takut, sedih, malu. Terasa maruahku dimalukan sebegitu rupa. Ya aku menangis sebab terkejut, dia memberitahuku supaya remove post tersebut dan memberitahuku agar berhati-hati sebab kini terlalu banyak jenayah cyber.

  Ya Allah, aku berterima kasih kepadanya kerana memberi tahuku. Jika tidak maruahku seperti tercalar. Dia mengulangi kembali kata-katanya "saya akan tetap menjaga awak tidak kira jauh mana sekalipun''. Kini aku berasa amat tenang.

Insiden itu meyakinkan aku kepada dirinya. Ada satu perkara lagi yang membuatku menyayanginya.

Dulu aku tak seperti ini, bertudung labuh, memakai handsock, berstoking. Aku juga seperti gadis-gadis lain yang gemar memakai shawl atau pun pashmina. Bagiku dulu, cukuplah sekadar menutup rambut dan leherku. Ingin berfesyen? Fitrah bagi seorang perempuan. Salah satu yang membuat aku berubah adalah kata-katanya yang membuat aku sungguh sebak.

Macam biasa aku berhubung dengannya melalui skype, dan ketika itu dia memberitahuku yang ada sesuatu yang dia kecewa dan berasa sedih denganku. Hatiku tidak tenang, tiba-tiba dia menghantar aku dua gambar, dan kedua-dua gambar adalah milikku. Pakaianku ketika itu tidak sempurna auratnya, menampakkan apa yang haram bagi bukan muhrimku untuk melihatnya, dia bertanya kepadaku kenapa aku jadi begitu. Aku terdiam dan ketika itu aku berasa amat malu kepadanya,terasa diri ini amat teruk. Dia tidak marah kepadaku, bahkan dia memberitahuku;

Selagi saya masih belum halal pada awak, saya tidak akan melihat aurat awak.-katanya

Hanya air mata yang bergenang ketika itu,aku menangis kerana telah mengecewakan seorang yang cukup baik kepadaku.



Saat pertama kali saya lafazkan kepada awak yang saya sayangkan awak, saya akan sayang awak dari hujung rambut awak dari hujung kaki awak.Saya akan membantu awak untuk menjaga aurat awak.-katanya lagi.

Kenapa dia begitu baik kepada ku? Kenapa dia amat menjaga ku? Macam-macam soalan yang muncul dalam kepala ketika itu. Ya Allah sesungguhnya aku tidak mahu kehilangannya.Lepas apa yang berlaku, aku tanamkan dalam diri aku untuk menjadi yang terbaik untuknya. Kalau dia boleh berubah untuk jadi yang terbaik buat aku kenapa aku tidak boleh berubah untuk jadi yang terbaik buat dirinya pulak.

Aku berubah bukan semata-mata sebab dia, tapi dia adalah orang yang dihantar kepada aku untuk mengenal agama dengan lebih dalam.

Alhamdulillah.. Aku bersyukur Ya Allah dengan kehadirannya. Ini adalah antara sifat-sifat yang yang ada dalam dirinya yang membuat aku rasa takut kehilanganya. Walaubagaimanapun, jodoh itu rahsia Allah, aku hanya boleh berdoa agar dialah jodohku. Amin.

Aku harap dengan cerita ini dapat menolong para wanita untuk mencari lelaki yang tepat untuk dijadikan raja dia hati, janganlah pilih semata-mata rupa dan indah bahasanya. Kerana itu semua tidak kekal. Dan buat para jejaka, ambillah ikhtibar agar kelak kalian dapat berjumpa suri dihati yang selayaknya dengan kalian.
InsyaAllah...

Yang kiri itu saya, yang kanan comel itu kawan saya yang rendah sikit dari saya. :p

Hadirmu adalah anugerah terindah buatku.


Sekian dari saya, 





20 comments:

  1. Replies
    1. haha.. terima kasih kak shiema.
      Awe comel pun sebab Allah yang bagi.. :)

      Delete
  2. hawa, sangat suka post ni, syukurlah awak bertemu dengan orang macam dia. yeahh, dah pernah rasa antara fasa yg awak rasa, kalau hawa sudi, dtg jenguk. follow x follow xkisah pon.. love ur post.

    http://soulsnowheart.blogspot.com/2012/02/judgemental.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. bersyukur dapat dia.
      saya akn melawat blog anda.. terima kasih sebb baca.. ;)

      Delete
  3. hawaaaaaaaaa..aten ni..seronok baca..n all the stories i know..ko pnah cte kat aku an?.. :) ak happy sbb ko dah change in a good way :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau x taw cite baru!!!
      dia sgt baik!! sumpah bahagia giler.. ;)

      Delete
    2. Nak tau jugak..hehe..

      Delete
    3. macam mana nak cite kat ko.. whatsapp la dgn aku..

      Delete
  4. Insyaallah dia lah jodoh Hawa. Kita sama2 doa banyak2. Jangan berhenti berdoa Hawa.. Insyaallahh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. jumpa nia kat sini la.. best la borak dgn cik adik nie.. :)

      Delete
  5. Hawa , alhamdulillah dah jumpa orang yang sesuai .. satu dalam sejuta untuk jumpa .. :)

    tak semua lelaki macam itu .. tak semua lelaki boleh lupakan keseronokan yang dia boleh dapat .. tapi , atas kerana batasan agama , dia menjaga dirinya untuk seseorang ..


    ya , rupa mungkin tidak sehensem yang lain .. tapi , oleh kerana agama yang ada pada dia .. mungkin tidak ada seperti dia ..

    orang lain juga ada agama , tapi tak semua buat ..

    :')


    say: alhamdulillah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah nelly awe jumpa dia, kalau nak di bandingkan dengan perempuan lain awe hanya lah insan biasa.
      awe bersyukur sgt dia ada utk awe. Alhamdulillah.

      Delete
  6. Alhamdulillah , Saya doakan akak bahagia dengan dia sampai bila-bila :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin... terima kasih banyak2.. Ya Allah bahagianya

      Delete
  7. Replies
    1. Haah.. hawa la nie.. hahaha terima kasih..

      Delete
  8. Yang penting jangan berhenti berdoa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. awe sentiasa berdoa agar kekal dengannya.

      Delete
  9. aLhamduLilLah... suke bace entry nie... syukur hawa da jmpa insan yg mampu bimbing hawa... hargai dia... insyaALLAH, jodoh & kebahagiaan tu miLik kaLian...
    (*terharu saat baca cerita hawa....u are very Lucky dear...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... YaAllah terina kasih sebab doakan utk kami. Alhamdulillah.

      Delete