Tuesday, June 26, 2012

Allah masih sayangkan aku.

Assalamualaikum.

Sesungguhnya nafas yang aku sedut dan hembus adalah milik Allah yang hakiki. Air yang aku minum juga milik Allah, tanah yang aku tumpang juga milik Allah. Malah nyawa ini sekalipun.

Aku buta selama ini, buta dari melihat nikmat yang Allah telah turunkan untuk aku. Yang aku tahu hanya meminta, tetapi tidak mensyukuri. Di saat nikmat itu ditarik, baru aku meyedari, menyesali dengan apa yang terjadi.

Jika di hitung dosa ku mungkin berbukit tingginya, keampunan dari Allah yang ku tagihi di kala ini. Jatuh bangunnya aku ditemani dengan sokongan dari dia yang tidak putus-putus. tidak jemu membimbing aku. Alhamdulillah dengan kehadirannya.

Hari ini, aku bangkit semula dari ketajuhanku, kejatuhan pegangan agamaku. Sudah lama aku membiarkan rohani ini kebuluran, akan ku isi dengan bait2 cinta dari Illahi. Kalau dulu aku sibukkan diri aku dengan perkara duniawi semata-mata, kini aku berjanji pada diriku, akan ku kejar agamaku dahulu.

Tanpa Allah, siapalah aku.
 Hamba yang lemah.

Aku sayangkan diriku, aku sayangkan agamaku. Lalu ku tunduk malu menyambut semula cinta Allah yang sentiasa menhujani hamba-Nya. Malu dengan diri sendiri, dengan kekhilafan yang pernah aku buat.

Dengan tafsir Alquran muliknya yang kini menjadi peneman setiaku, akan ku gunakan sebaik-baiknya, mengisi rohaniku.



Kini aku menyambut panggilan dari Allah, sudah lama aku terlepas panggilan itu. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku.

"Jazakallahu Khairan Kathira"


Terima kasih Adam.





3 comments:

  1. DIA selalu ada untuk kita.selalunya kita yang tak sedar sampai mengakui kita 'forever alone'.padahal DIA ada jek.kita ni hah xbesyukur. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul cakap awak. kita seringkala alpa. terlalu ego untuk tunduk. semoga penghijrahan saya ini diredhainya..

      Delete
  2. Insya Allah, sama-sama kita saling muhasabah diri.
    Diri ini juga tidak terhitung dosanya,
    Astaghafirullah. Selalu alpa, leka dgn duniawi.
    :(

    ReplyDelete