Tuesday, October 30, 2012

I cant lose You again

Assalamualaikum..

Terasa hati ini sakit sangat, entah kenapa semua jadi serba tak kena. 
Rasa nak marah orang, rasa nak nangis pun ada.
Bila buat itu rasa macam tak betul, bila buat ini rasa semua salah.
Nak jerit kuat-kuat pun ada.


Aku duduk, aku fikir mana silap aku sampai boleh jadi macam ini. Adakah aku pernah menyakitkan hati orang lain? Adakah masih ada hutang yang tidak dibayar? Macam-macam bermain dalam kepala.Sambil aku termenung, aku telihat kalimah syahadah yang tergantung di rumah. Mulutku menuturkan kalimah itu.

لا إله إلا الله محمد رسول الل

[LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.]
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.
Baru aku tersedar, rupa-rupanya aku telah lalai sehingga aku lupa mengingati dengan siapa aku patut mengadu, dengan siapa aku patut berserah. Sesungguhnya aku masih ada Tuhan untuk menjadi tempat mengadu








Sunday, October 21, 2012

Ana Jauh.

Dalam umur yang semakin meningkat tua,
hati jadi makin sensitif.
Soal hati sangat rumit,
sampai diri sendiri susah nak kenal pasti.
Perang dengan emosi,
lagi berat bebannya dari realiti.
Mungkin sebaliknya.
realiti tak seindah khayalan.
Haus dengan belaian kasih ibu,
keluarga, dan tersayang.
Kelak, kejauhan ini akan bangkit,
Lahir pejuang yang tabah,
tak tumbang untuk kedua kalinya.



Hati ini cukup tabah, InsyaAllah.