Thursday, January 24, 2013

Dear Sahabat..


Pertama kali aku berjauhan dengan keluarga, hadir mereka yang bergelar sahabat. Mereka turut senasib denganku, merantau jauh ke negeri orang dengan harapan membawa pulang sebuah kejayaan.

Utara,
Selatan,
Timur,
mahupun Barat..

Masing-masing membawa budaya tersendiri. Loghat yang unik. Serta cara hidup yang berbeza.
Istimewa. Satu perkataan yang menggambarkan mereka. Seronok bersama mereka. Tika hati ini dilanda keresahan, selain dari Tuhan Yang Esa sebagai tempat mengadu, mereka, sahabat tanpa jemu memberi semangat.

Hidup, jika tidak tergigit lidah tidak sah. Kalau hari ini gelak tawa bersama-sama, mungkin esok masing-masing bermasam muka. Yup, itulah hidup bersahabat.

Ada senda gurau, ada maki hamun, haaaa... jiwa remaja katanya.
Yang pasti, mereka peneman di sisi.

Makin lama usia makin meningkat, ada yang dah masuk era 20-an dan mungkin ada yang sudah berkahwin.
Kita makin tua sahabat. Siapa tahu, dalam masa 5- 6 tahun ada yang akan bekerja, ada syarikat sendiri, "like a boss", atau mungkin di antara kita akan pergi dahulu, menghadap Sang Pencipta.

Benar, jodoh pertemuan suatu rahsia, kalau kita tidak menyangka yang kita akan bertemu, kita juga tidak akan menyangka kita akan berpisah.

So, selama kita jadi sahabat, biar setiap memori yang terakam antara kita adalah indah.

Sahabat,
ketahuilah yang aku sayang kalian semua.
Terima kasih sebab sudi menjadi sahabatku.